Friday, August 26, 2011

..Malam 26 Ramadhan yang SEPI..

Hari ini 26 Ramadhan kan? Em, dah tak lama nak abis Ramadhan ni..agak sayu lak. Dah tua-tua ni baru nak terasa keberkatan Ramadhan - tak macam zaman dulu2, Ramadhan di biarkan berjalan bagai angin lalu. Tu lah kan orang cakap, usia dan pengalaman hidup mematangkan fikiran. Mode Raya aku pun belum mai..lagu raya pun lom layan.
 
Malam Lailatulqadar belum menjelma kan?
 Malam tadi, OMG! apa dah jadi dengan famili ni? Lepas berbuka dan Maghrib..sorang-sorang terlelap di ruang tamu dan aku? Tertido di dalam bilik. Bila terjaga - dush! dah pukul 11 malam. Ayok!! Tunaikan Isyak dan terus kejut anak-anak dan Abe...dan semua pun sambung tido dalam bilik. Maka - tiada terawikh malam tadi. Aku yang tengah mamai-mamai ayam, g basuh baju and duduk kejap mengadap PC sementara tunggu mesin berhenti. 12.30 pagi baru aku masuk tidur semula dan terus ke sahur. Emm..ruginya malam 26 Ramadhan tadi berlalu pergi macam tu jek.


Hari ini masih bekerja wpun dah ada yang bercuti atau ada yang dah bersuka ria dia tempat kerja. Aku masih gigih membuat coding..ha ha ha..padan muka. Last minit punya kerja..rasanya, tak sempat. Takpe, at least ada few module yang dah jalan. Boleh je buat dlm seminggu ..tapi itu lah aku. Bila hati dah takde kat tempat kerja...apa pun tak boleh. Sebenarnya agak tercabar bila bos ckp aku 'takde apa2' dlm unit tu. Aku dah siapkan portion aku untuk Visa dan now, aku tgh gigih siapkan 1 lagi benda. Macam aku cakap, aku boleh je buat program..tapi sbb hati dah tiada..macam ni lah jadinya. Apapun, aku dan bos dan bersalam-salaman semalam..insyaAllah, tutup cite. Anggap je la dia sayang aku sbb tu dia amik berat dan dia hanya jalankan tanggungjawab..cuma mungkin cara tu je tak kena dengan aku. Heee..aku ni mmg pantang sikit orang berkeras atau meletup depan aku..ngeee. Bahasa jiwa bangsa kan? Hhahaha..Takpe..tutup buku, lepas Raya, kita tunggu new task aku.



Renungan :
"Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
-Aishah r.a.-




No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!