Sunday, August 21, 2011

..Samsung Galaxy Tab 10.1 sudah mari..

Jeng jeng jeng...episod berangan bermula lagi...Samsung Galaxy Tab 10.1 sudah mari. Aku ingat Galaxy Tab 8.9 yang keluar dulu,rupanya yang 10.1 ni yang di beranakkan. Aku tak beli pun and tak pernah sentuh lagi benda Allah ni. Setakat ni baca review kat Redmummy.com. Oh..itu Kak Red buat khas untuk Celcom dan aku lak buat iklan khas untukdiri aku sendiri dan mungkin juga ada unsur-unsur bodek kepada yang relevan. Hak hak hak..bodek jek, tak dapat pun tak pe, sebab bukan keperluan..TAPI kalau dapat, kecik tapak tangan, stadium Bukit Jalil aku tadahkan.


Picture from Redmummy.com
Kalau aku pilih untuk beli benda ni, ada 3 sebab utama saja iaitu :

1) Samsung Galaxy Tab 10.1 ada docking untuk external keyboard.
- aku dah pernah pakai Ipad 1 adik aku punya dan Galaxy Tab abang aku. Leceh la menaip atas skrin jek. As a blogger tegar dan juga kena rajin melayan email customer, menaip di atas skrin dengan posisi tablet yang terbaring adalah BORING. Tak leh taip lelaju beb. So, external keyboard ni sangat penting untuk aku.

2) Samsung Galaxy Tab 10.1 ni ada USB port.
- Ohooii..pada aku, sangat lah penting ini USB port terutama kalau bawak travel. Kalau takde port ni..adalah susah payah untuk transfer gambar. Apa guna bawak tab ni jenjalan kalau setakat nak guna untuk surfing, baik guna enpon jek.

3) Mobile Office
- Next financial year ni, kerja aku more than documentation ( ni je layak untuk aku..huh!). So, dengan adanya Mobile Office dlm tab ni, senang lah kot (tak hingin pun sebenarnya nak buat kerja ni) nak settle kan kerja.Tapi aku tak sure Polaris Office dalam tab ni free or kena download and bayar.

Okek tak 3 reason kat atas ni..agak-agak, dapat tak kalau bodek. Ngeee....

Tablet ternipis..walaupun aku rasa Ipad 2 dh cukup nipis. Memang nakkena p raba-raba ni..
Macam biasa, ini adalah entry berangan saja. Aku takde benda ni dan rasanyaa..tak beli kot. Kalau beli,mau berebut2lah ini 2D sebab Dania selalu wish for Ipad 2.

Renungan :
Ikut nafsu..lesu.


No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!