Wednesday, August 10, 2011

..Hidup Ini Kan Ada Pilihan (?) ..

'Ibu..kenapa ibu menangis? Cakap lah ibu' - Dania
'Kenapa Ibu menangis tadi masa mengaji..kenapa ibu?' - Danish

Tak pinta, tak rancang dan tak minta..pagi tadi, duduk mengaji - Tumpah Lagi air mata ini. Aishh..lemah betul aku ni kan? Cuba pujuk diri, cuba jadi positif seperti yang aku pelajari dan seperti yang di nasihati. Cuba redha dgn keputusan yang di beri..TAPI..terngiang2 setiap patah perkataan yang menikam hati dan perasaan. Aku tahu, semalam 'dia' bercakap macam tu kerana 'dia' sangat2 marah kan aku. Aku pun tak tahu apa relevannya 'dia' nak marah sampai macam tu. Salah ke kalau aku cuba clearkan semula apa yang aku tak faham atau aku salah dengar masa tu? Ya Allah..semakin berat hati aku untuk duduk di sini..di tempat aku mencari rezeki. Mohon petunjuk dan permudahkan lah jalan hamba mu ya Illahi.

Pagi tadi, blogwalking and singgah ke Saharil.com. Terasa entry kali macam terkena je dengan diri terutama bila soalan aku pada komen di balas balik dengan soalan oleh Saharil. Soalan yang buat aku BERFIKIR banyak kali..berfikir sampai ke akar umbi.

Entry : rumah kecik berasa sedih - Saharil.com

...Baca dr bawah ke atas ..

Ini balas-balas komen...dan aku sendiri tulis : Hidup Ini Ada Pilihan. So..kenapa now ni aku hadkan fikiran dan pilihan aku? Takut? Tak berani keluar dari keselesaan? Atau takut nanti tak cukup makan mcm rumah kecil itu?

Emm...wahai aku..buat lah sesuatu untuk diri sendiri atau terima saja yang datang dengan redha hati.


Renungan :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”



5 comments:

Fazrol Bin Che Isa said...

Manusia adalah makhluk yang sangat istimewa bagi penciptanya. Semuanya adalah ketetapan bagi Allah. Benar kita masih ada pilihan kerana kita tidak tahu apa yang berlaku pada masa hadapan. Sebab itu ada istikhoroh dan tawakkal setelah berusaha; dan apa bila telah berlaku kita perlu redha...

dan kedua itu termaktub dgn qada dan qadar.

Tidak kira apapun asas kita, kita masih ada pilihan.

Apakah yang membuatkan manusia itu sangat istimewa?

yang baik datangnya dari Allah, dan yang salah adalah dari kelemahan aku.

Liza Abd Rahim said...

thanks Fazrol.

Tapi kadang2..pilihan tu bukan pilihan yang kita harapkan..kan?
atau terlalu memikirkan apa yg bakal terjd slps membuat pilihan..pun buat kita takut kan?

Em..entah la..mungkin ada hikmahnya ..

Ice Rose Princess said...

Salam, sy lisarosalina di saharil.com.
Melihatkan awak sedih, terkesan pula pada saya. Jadi saya nak share sesuatu yg saya selalu baca ketika sedih, moga bermanfaat. Tapi sebelum itu, saya bukanlah tinggi pengetahuan jadi saya tak tahu sama ada benar doa ini dari Rasulullah s.a.w. Yang saya tahu cuma kata-katanya sangat bererti. Mungkin boleh jadi ubat ketika sedih. Wallahualam.

Doa Rasulullah s.a.w ketika gagal memasuki kota Taif

Ya Allah,
saya mengadukan kepada-Mu lemahnya kekuatan diriku,
sangat terbatasnya kecerdasanku dan kehinaan diriku atas manusia,
dengan rahmat Engkau, Ya Allah,
Tuhan pemelihara sekalian alam.
Engkaulah pemelihara sekalian orang-orang dhaif,
Engkaulah Tuhanku.
Kepada siapakah Engkau menyerahkan aku?
Kepada orang asing yang mengusir aku,
Atau kepada musuh yang menguasai urusanku?
Tetapi meskipun demikian saya redha,
Asal saja Engkau tidak memurkai aku.
Kemaafan-Mu lebih besar dari dosaku,
Saya meminta dengan Nur Zat-Mu yang menerangi semua kegelapan,
Dan dengan-Nya menjadi baik segala urusan dunia dan akhirat,
Semoga aku tidak tertimpa kemurkaan-Mu dan azab-Mu.
Bagimu sumber keredhaan,
Sehingga Engkau meredhai aku.
Tidak ada daya dan kekuatan hanya dengan Engkau...

Liza Abd Rahim said...

salam lisarosalina..welcome and thanks.

Aishh..meleleh lak airmata ni baca doa tu. Terima kasih byk2 dgn pengkongsian ni..terkesan sungguh di jiwa..

masalah saya tak besar mana..cuma saya je x kuat nak hadapi ini semua..

Thanks a lot..

Ice Rose Princess said...

sama2,
mmg kdg2 ada hari yg mcm tu.
b strong n hold on!
kita tak apa lemah, sbb Allah yang mempunyai segala kekuatan.
La haula wala quwwata illa billahil aliyyil azim







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!