Friday, August 05, 2011

..Cantik Oh Cantik..

Hallu..menaip dari atas katil dengan lappy di atas perut dan kepala atas bantal. Aishh..ni gaya orang pemalas.kan? Memang tengah bermalas-malas pun..terpaksa CUTI TERKEJUT hari ni jaga si Danish Hakimi dan sekaligus si Nia Mimi. Apa kes? Em..semalam dia jatuh kat sekolah, sebelah muka sudah carca merba dengan lebam dan hari ini, lepas dah siap-siap nak g sekolah - 'Kepala Danish sakit.' Kesian lak. Semalam pun dia tak amik 1 paper ujian sebab kena dok bilik sakit..maka aku yang tengah malas nak g kerja (kenapa hati aku langsung takde kat opis ya..setiap langkah ke sana, hati aku betul2 lemah) pun setuju je nak jaga dia. Dah tak hantar si abang..maka si adiknya pun aku malas nak hantar..suka tul si Mimi tu tak yah g sekolah..apa la nak jadi ngan mek ni (marah betul kalau aku panggil dia Mek.hahaha).

Mata saja dah cantik..subhanaAllah..

Berbalik pada tajuk entry..cite pasai SKII yang aku baca dekat blog Hanis Zalikha.

'Abang..nak cuba la SKII..banje?'
'Tak yah laa..dah licin dah kulit tu'

Ha Ha Ha..sunggu propaganda ya cik Abe. Dulu masa aku tanya, ada perubahan tak pakai produk ABC tu..dia cakap..'Sama je'.. bila minta banje SKII..terus licin ya..blueekkk..Tapi semalam, ajak dia p kaunter SKII tu kat Alamanda..dia follow je..'Abang bayar?'...'Yaaa'..aishhh..rugi tolak weii..namun..sayang seribu kali sayang..trial pack tu dah takde..abish sudah. So malas la aku nak beli .. lagipun saja je nak mengatal cuba..dah takde tu..bagus la jugak..lain kali je.

Hari ni dpt PM dari Kak Lon ajak jumpa CT (Siti Nurhaliza lah!) kat Giant Saujana Kajang. Mengelejat gak aku nak p..ye lah, nak jumpa CT sendiri..nak suh dia consult apa yang elok untuk aku (korang boleh jumpa dia ya..beli barang SimplyCT, baris, sila la duduk sebelah dia..nak sembang2 ka..amik gambar ka). Sekali ada dua lak anak buah2an ni nak kena jaga. Dia orang tak nak jalan-jalan..Penat puasa. Em..melepas la juga. Takpe..lagipun, aku tak caya sangat CT lawa sbb SS dia..sbb dia dah memang lawa dari mula aku kenal..eh salah..minat dia. Memang pernah face to face ..kulit dia mmg lawa walaupun takde makeup.

Tadi aku baca blog Fatin Liyana..dah mcm pucuk di cita ulam mendatang je kan? Semua pun cite pasai Cantik..but opsss..maksud aku cantik kan entry ialah KULIT ya..bukan nak cantik sbb dah memang sedar tak berapa nak cantik macam JLo..tapi cantik di mata suami dan anak2..hahaha..apakah? Kenapa aku tiba-tiba sangat Obses dengan cantik ni? Ala..aku risau la tengok kulit muka ni lately..nak-nak lepas main netball ari tu..sangat TERUK la..ari tu g amik gambar studio pun, aku dah rasa tak cantik wpun dah makeup..sebab kulit dah sangat teruk..kering, kontang dan gersang..baru awal 30 an ni..aishh..

Eh, pasai blog Fatin Liyana tadi (p le tgk sendiri dia cite pasai apa), ada link ke blog Dya Romantika...pun cakap pasai CANTIK..dlm blog Dya tu jugak..ada cite pasai Heliza Helmi..pun masih cerita pasai cantik. Yeahh..mereka semua ni memang cantik..kulit mereka cantik..TAPI mereka semua masih muda belia..takleh la nak compare dengan aku. Dulu umur aku macam dia orang..kulit aku cantik jugakk..now ni, aku nak tengok yang cantik kulitnya..tapi umur ala-ala aku. Siapa? sila promote diri kat aku..hahaha. And anda mesti la juga sorang yang aktif outdoor aktiviti..kalau yang jenis manja-manja dok opis or rumah je..kulit and semestinya cantik sebab tak terdedah pada sang suria..  dan kalau boleh, yang sawo matang macam aku..sebab orang gelap macam aku. mmg senang dapat pigmentasi..benci jeragat!!! huh...

Ke sebabnya Hati aku dah secantik dulu? Kecantikkan luaran tu kan dari dalam? Tapi memang pun..HATI aku dah tak seronok sangat nak kerja..itu antara masalah utama hidup aku sekarang.. Ya Allah, mohon petunjuk..

Atau sebenarnya...aku ni pemalas..ingat la si Ivonne SA produk yang aku pakai tu cakap 'Liza..kalau beli semua produk mahai2 pun, kalau malas cuci muka..memang la kulit tak akan jadi apa-apa'. Terus bagi aku makeup remover khas untuk orang malas macam aku..yang jenis senang nak guna..TAPI..aku tak guna pun..hahhaa..memang la pemalas..padan muka saja lah~~

Renungan :

6 comments:

MRS. AJ said...

Angah, kalau dah asyik dok cerita pasal kulit ni, Angah kena buat sesuatulah. Kenapa tak beli je cleanser n miracle water SKII? Beli yg kecik jek. Jgn dibiarkan hati tu trtanya2. Angah kena DO SOMETHING. Ecewahhh...

Liza Abd Rahim said...

SA SKII tu smlm x promote apa2pun..dia suh wat appointment dgn org lain yg boleh tgk kan kulit..saja je pun, bukan nk beli..

usu..nnt2 kalau baca blog..jgn pelik tau..sbb angah taip ikut hati and suka2 je..mmg nampak mcm byk mengeluh kat blog..sbb kat siini je nak luah rasa..terapi jiwa. :)

Mira Peminat Coklat said...

best tul renungan tu hehe kaya bukan dosa, cantik bukan kesalahan tapi kalau dah ada dua2 kenalah ingat siapa yang memberi ;-) nice hehe

Liza Abd Rahim said...

thanks Mira..tapi, kalau tak cantik dan tak kaya..still kena bersyukur padaNya keraana di beri nafas dan idup sempurna.. :)

Fazrol Bin Che Isa said...

Berhenti je la kerja... duduk kat rumah lagi best. tapi bini aku kata jadi suri rumahtangga sepenuh masa lagi penat... sebenarnya bini aku sangat rajin. tu pasal dia penat. ha ha...

Liza Abd Rahim said...

hai fazrol.welcome..
semua pun org ckp macam tu nak2 kena berdpn dgn budak2..xpe, dulu muda2 mmmg rasa budak2 ni memenatkan..insyaAllah.dh tua ni (tua ke?) ..dah boleh handle anak2..daaannn tak payah la jd rajin mcm isteri awak..sure x penat..har har har..







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!