Wednesday, August 03, 2011

..Guna IE itu TERENCAT (?)..

Kajian dapati pengguna Internet Explorer miliki IQ yang rendah
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.

Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.

Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.

Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).

Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.



Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.

Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.

Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.

Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunankannya.

- Agensi

Ini dari Aku :
100% entry di cedok dari Kosmo Online. Hahaha..suka-suka hati je ya kata pengguna IE rendah IQ (terasa ke?) .. dah kalau semua application masa kerja ni hanya IE yang support..macam mana? EH, aku guna Opera ya..tapi itu kat enpon..kalau kat PC opis..IE la jugakk..PC rumah guna Google Chrome..so..di mana kah tahap IQ aku? Ngonngg lah!!!

TAPI aku tak suka sangat Mozilla..banyak sangat UPDATE da..almost everyday..tak larat kot asyik nak kena restart explorer? Grrrr........


Renungan :
What U give is what U get back
-motivasi pagi IKIM.fm-

1 comment:

MRS. AJ said...

Iye ke? Agaknya based on how complicated the application is vs user. Mmm...







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!