Monday, August 08, 2011

..Sahur Itu Berkat..

Alhamdulillah, masuk 8 Ramadhan dan aku masih lagi di beri kesempatan menunaikan rukun Islam yang ke 3 dan berdoa supaya 'bulan mengambang' aku lambat sket kali ni..tak ikut cycle pun tak apa lah untuk bulan ini. Boleh? Huhuhu. Puasa dan sahur ada subset kan? Aishh..ni la subjeks Maths yang aku tak penah lulus 'Subset'..miahaha. Cakap pasai SAHUR, teringat zaman sekolah terutama masa kat asrama dan semasa bujang sebelum jadi isteri orang..mmg la bujang tu belum jadi isteri orang..apa da! Kalau kat asrama, adalah tersangat liat dan culas nak bangun sahur..nak buka mata jamah sebiji kurma dan telan seteguk air pun sangat lah pemalas. Pernah sekali dua, bangun nak bersahur..sekali tengok barisan? Hua hua hua..tidur lagi best..so patah balik masuk dorm and kroh kroh kroh. Eh tipu la..aku tido mana ada munyik..ngee. Bila dah kawin..dah jadi tabiat atau kemestian untuk sang Lelaki - sahur tu kena. Ye lah kan..orang laki ni, kalau lapar..memang kalah la ledakan gunung berapi. Pastu sahur mereka mesti nak nasi..maka, nak tak nak ..aku pun bangun sahur sama and now, bila anak-anak dah mula puasa..memang dah takde alasan lah nak elak diri dari sahur walaupun tidur itu lebih nikmat dari segala-galanya. Pagi ni, Abe yang sediakan sahur sebab malam tadi sampai dari kampung dah kul 11 pm lebih. Mata dan weng..aku minta tolong dia sediakan sahur untuk kali. 4.30 am, alarm munyik..dia bangun - masak untuk kami sekeluarga. Masak apa? Tomyam dan telur dadar. Ngeee..Terima kasih banyak..eh salah..Terima kasih daun keladi eh.. lain kali, boleh la buat lagi..hak hak hak.





Pagi tadi Danish tanya aku apa maksud :

“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Soalan budak2 zaman sekarang memang mencabarkan? Dia tanya, apa maksud Ahli kitab..so aku pun jawab lah ikut apa yang aku tahu. So tadi aku terpaksa google balik..kang salah ajar anak kang..sesat jalan lak mereka.

Okek..kepada sesiapa yang malas banget nak bersahur tu..jom kita baca ni :

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.



عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَال َقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud :

السُّحُورِ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ
“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” Hadis riwayat an-Nasaie.Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

sambung baca kat : Tayibah.com

Semoga, kita sama-sama dapat berkat Sahur Ramadhan ini. Tak rugi tau sahur..perut kenyang, hati senang..pahala pun isnyaAllah datang melayang-layang. Amin.

Renungan :
“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).



2 comments:

MRS. AJ said...

Angah, soalan Danish tu walaupun simple jek tapi kena jawab dgn berhikmah. Itu maknanya otak mereka sedang berkembang dan mencari jawapan kepada pelbagai persoalan.

Liza Abd Rahim said...

Usu..insyaAllah. Memang budak2 ni suka bertanya..kalau rasa x leh jawab..suh babah je jawab..:)







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!