Monday, June 27, 2011

..Usaha Pasti Jaya..

Masih dalam mode Netball. Bukan sebab dah menang..tapi saja nak update blog. Baik cite pasai netball daripada aku merepek-repek. Tapi tak tau nak cite apa, apa kata, cuci mata tengok gambar jek. Ni team netball GLU UNITEN sejak 2009. GLU bermula tahun 2008, aku tak join masa tu..

2009 - Ni team tangkap muat namanya. Tak pernah training ..tiba-tiba ada team. Ingat lagi masa tu, sapa tah call 3-4 hari sebelum game tanya nak main tak? Kat UTP Perak..aku terus ajak Zaza join and dia pun ON..Masa ni aku main WD. Gila jadi anak ayam la..bukan setakat kalah..memang jadi sayur la masa tu..but still enjoy. Sukan ni kan tempat happy meppy..kan?

2010 - Ni team pujuk rayu namanya. Jenuh nak suh sorang-sorang turun. Training tak sampai 1 bulan, memang la kena cari  yang dah terra main. Not bad lah team ni. Cuma takde pengalaman main sama-sama dan training pun jarang penuh. Kurang dari sebulan training..rasanya OK kot setakat kalah 1 mata dengan UTP dan kalah Center past sebab seri dengan MMU. Masa tu aku jadi GA. Tengok baju..gelebeh je..hehehehe.

Team GLU 2011 - Team yang paling masyuk. Tiada paksa rela, semua turun sebab suka nak main sama-sama. Tahniah la pada Kazie yang berjaya set up team ni. Seronok dapat kenal semua. Seronok dapat join friendly game sama-sama, seronok berjimba petang2 sama-sama and seronok coz menang sama-sama. Dalam team ni, kadang-kadang aku jadi GA,kadang jadi GS. Semoga team ni bertahan dah semakin kuat. ;)
Renungan :

'Tiada jalan kebahagian kerana bahagia itu adalah jalan'


 

2 comments:

Anonymous said...

aktifnya..
siapa sebelah u tu ye, gambar tengah. Look familiar la. Main di mana masa ni?

Liza Abd Rahim said...

hai Anonymous
aktif? mmg suka benda2 cenggini..sementara ada kudrat..:)
yg pic tu..Nora..ni main kat MMU last year..







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!