Saturday, June 18, 2011

..Angry Bird yang boleh buat Mother Angry..

Dalam 2-3 minggu lepas, aku dok dengar-dengar kawan2 sembang tentang Angry Bird. Kat FB pun byk suka cite pasai Burung yang Marah ni. Mula-mula aku tak amik port sangat lah..just tahu, it's just a game. So, buat bodoh saja sampai lah Danish buka mulut. Haiyaaa...dia pun Angry Bird Fans. Mula-mula dia main kat henpon babah..pastu dia belasah kat henpon aku dengan alasan 'Ibu punya lagi besh la..' Isk..tak leh jadi. Dah la enpon tu makan bateri..so aku decide p cari game tu and install dlm PSP Danish. Abis cite. Just game Angry Bird takde untuk Nintendo. So Dania yg tiba2 jadi hantu Angry bird gak..dok minta2 guna kat enpon. Tapi aku ckap 'Sila guna enpon babah'..hek hek hek.


Lebih parah, Danish dah mula nak kumpul Angry Bird and the geng ni. Siap nak kumpul duit sendiri nak beli benda2 ni. Em..mula-mula ibu layankan je la..belikan dia keychain. Lepas ni dia target bantal burung merah tu..pastu nak pencil case..uishh..tinggi ya cita-cita. Apapun, setakat ni, aku tak kisah sangat dia sibuk dengan Game ..sebab dia bukan jenis duduk tenung game berjam-jam punya budak. :)

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!