Monday, June 20, 2011

..Dulu Penat, Sekarang Teringat..

Situasi : Sekolah Menengah Berasrama
Umur  : 13 hingga 15 tahun
Pengenalan diri : Zai
Nama geng : 7 ladies and Platipus
Ahli : Lin, Zai, Qiyah, Haza, Zura, Ju, Has and Abg Sham

Rutin Harian Weekday :
Isnin  - Jumaat :
Bangun seawal 6 pagi untuk berebut mandi di kolah. Tapi bila dah jadi Otai, bangun je 6.30 am. Pengawas buat inspection, lepak surau sebab inspection dah kena pakai baju sekolah. Kalau nama naik sebab katil tak kemas atau locker berselerak, terima je lah akibat ujung minggu kena kerah.

7 pagi berlumba-lumba ke dewan makan. Kalau lambat..nasiblah adik-adik junior yang kat depan. Bukan jahat..tapi nak ajar, budak-budak kena hormat orang tua. Kasi lalu dulu ya.

Masuk kelas dah tak ingat pukul berapa. Yang paling best, kalau ada training netball or hoki, kita orang akan suh coach set time Arab atau Matematik. Ustaz dah marah-marah, Cikgu Maths buat tak kisah. Seronoknya, orang belajar dalam kelas, school player berjimba di padang.Tapi periksa tak penah gagal ya. Nak-nak kawan aku yang namanya Lin..nombor 1 dalam tangan jek.

Waktu kelas, belajar tetap belajar..tak pernah la pulak nak main-main. Itu lah beza kelas kita orang dengan kelas lain-lain. Dah nama pun budak-budak terpilih..tahu la kot rasanya bila nak berpoya-poya..bila nak bersuka ria. Tapi agak sedih, kelas orang lain abis pukul 1 lebih, kelas kita orang abis pukul 2.30 - ye lah, lebih 1 subjek..Bahasa Arab. Bila balik asrama, dewan makan dah takde apa-apa. Kadang2 bodek abang2 dewan makan,,masakkan sardin dengan telur goreng mata - sedap juga.

Ni salah sorang abang angkat yang dah 'terangkat'.. :)

Tak abis penat..kul 3, lepas solat dah kena rushing ke PREP pulak. Penatnya ya Rabbi..tapi dah tak leh nak buat apa. Masa tu..seronok je nak ke sekolah semula, sebab petang-petang boleh cuci mata tgk budak Aspura. Kalau nak mengelak PREP, minta duty jaga Koperasi la..lagi sonok..macam-macam gelagat ada.

Abis PREP..solat Asar, bersiap-siap training kat padang. Isnin sampai Khamis - full. Netball, Hoki, Softball..huhuh.memang heaven. Terpekik terlolong kat padang tak ingat dunia. Paling best training Hoki la..sebab main dengan abang-abang yang ada ..ngeee..dlm team kalau ada buah hati..lagi semangat gila. Kui kui kui. Dulu ramai gak nak berkenalan..bukan sebab apa..walaunpun hitam tak berapa nak menawan, tapi rasa tertawan kerana ligat mcm jaguhan..eh! ni bukan perasan, ni kenyataan. Hahahaa..Abis training, terus ke dewan makan..makan malam walaupun jam belum pukul lapan.

Sebelum maghrib, mandi-manda di kolah bersama teman-teman. Tak kira maghrib atau senja, kita orang memang sokmo bersuka ria. Lps Isyak, ke sekolah semula..PREP malam pula..lagi seronok sebab kena lintas Aspura. Masa ni, sapa ada abang angkat..abang angkat akan sapa, sapa ada pakwe..pakwe akan past apa2 saja untuk bekalan masa belajar. Aku ada pakwe? Takdeee ya. Walaupun ada yang mencuba..gua mmg nakal, tapi gua bukan minah karatzz ya..setakat kawan-kawan tak apa. OK aja. PREP malam ni, selagi tak dekat waktu periksa..memang sekadar hadirkan diri sebab terpaksa. Kadang-kadang menyorok juga bawah katil bila dah malas gila. Emm..malam di asrama di akhir dengan 'tutup lampu semua..dah pukul 11'..kalau penat, memang tidur punya..kalau rasa nak buat jahat..gelak-gelak je dlm dorm mcm budak jahat.

Zaman kegemilangan - form 3.
Huhuhuu..seronoknya lak bila teringat. Dulu nak sangat kerja..skarang dah kerja..nak sangat berehat..hidup ni takde matlamat..so semua pun rasa malas ya amat...

3 comments:

Anonymous said...

Bestkan zaman dulu. ;(

ankeljonni said...

kehkehkeh. Abg angkat yg terangkat...

Liza Abd Rahim said...

anonymous (awat x kenalkan diri?) - a;ah..suka sgt zaman sekolah..

abang jonni : hidup kena ada usaha..hahahah







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!