Wednesday, June 22, 2011

..Tiang Itu Membunuh Ku..

Cantik tak gambar team ni? Kredit to Iena_Kenet. Den pinjam ya.
Ni team Netball Pelitawanis TNB cawangan Bangi. Comel2 jek semua..takde yang tinggi macam galah dan takde yang besar gila mcm gajah.ngee. Dengan kecomelan team macam ni..agak2 je la..macam mana nak past bola yang paling senang nak capai dan tenaga byk mana yang boleh di kerah.

Game dah lepas dah..hari Jumaat sudah. Menang, menang, kalah dan kalah sama dengan KALAH lah. Nice game..just aku mengaku, as a GA dan kadang-kadang GS..dalam D attack yang paling banyak salah. Kelam kabut rasanya. Kalau aku sendiri, kalau ada game, benda yang buat aku cuak adalah TIANG. Aku tak kisah GK/GD tinggi gila ka..besar ka..ligat ka..tapi aku paling serun dengan tiang. Ohoiii..ingat tiang ni semua sama ka? Ada yang kurus tinggi..rim kecik. Ada yang gemuk besar..rim ternganga luas..ada yang kalau kena ikat dengan net ketat-ketat..kalau shoot terkena sket rim tu..sure bola meloncat-loncat..kalau ke dalam takpe, ni pusing punya pusing...terus keluar. Frust wei.

Kelemahan aku..cuba sekali - tak masuk, cuba lagi tak masuk- yeah! yang ni memang buat aku down. Nak-nak bila tengok pertahanan berhempas pulas dan attackers berkerja keras bawak naik bola ke atas. Kesian wei. Kesian dia orang..penat sangat2. And jangan saiko aku masa tengah shoot..atau jerit2 ke supaya aku masukkan..memang tak selamat la itu. Lepas tu kalau dah masuk..biar kan je aku bertenang..jgn puji lebey2..tahap keyakinan yang naik bisa membunuh ku. Susah wei nak menten reputasi..so..biar kan aku cool sendiri. Cerewet? Huhhu..berat bahu ni rasanya sebab kawan2 dah berusaha susah payah..GS/GA senang2 buang bola..uishh..sungguh kuciwa.


Sebenarnya kan..bila tengok balik gambar2 aku tengah menyumbat..baru aku perasan, aku shoot sambil melompat dan semalam, ada kawan tegur 'Mcm mana kak zai shoot ek? dengan kak zai sekali melompat'..hahahaha.. Aku ni bukan terra pun..just guna pengalaman yang ada je la.. cara aku :

1) Dua kaki lurus and rapat.
2) Naikkan dua-dua tangan betul2 atas kepala.
3) Bengkokkan lutut..utk anjak bandan.
4) Tangan kanan pegang bola, tanga kiri support bola masa nak tolak nanti.
5) Tarik nafas, henjut and tolak bola..

Bola yang di shoot cantik adalah bola yang lambung and masuk ke dalam tiang dari atas ..bukan dari sipi2 kena rim dan lagi cun, kalau tak cecah pun rim tu. Tapi..cantik mcm mana pun...markah nya sama je ya..takde lebih2..hhahaha. Ni cara aku la..cara syok sendiri..tak penah jadi profesional pun. Ngeee..

And last sekali...keserasian antara GA dan GS adalah sangat2 pentingggg....kalau tak? Hancursss lah!!

Apapun...good luck utk team GLU Sabtu ni nanti..kalau ada pilihan..aku nak dok tepi jek ...can a?


2 comments:

ankeljonni said...

harharhar... takkan nak jadi simpanan je....

Liza Abd Rahim said...

har har har..ok je..janji team menang..;b







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!