Wednesday, June 15, 2011

..Terasa Nak Meroyan Sekejap..

Menaip blog sambil berdoa 'Ya Allah, jika ada cara untuk aku tidak duduk lagi di opis ini, permudahkan lah dengan cara baik dan bersih. Hati aku bukan lagi di sini..dah terlalu lama..Amin.' Merepek tak doa ni? Emmm..nampak agak merepek, tapi ini lah yang sentiasa aku wish dan semakin hari, semakin tebal keinginan aku nak keluar dari sini. Setakat ni, takde satu permintaan aku yang Abe tak tunaikan..dan kalau 'wish' kali ni dia dapat tunaikan..aku sangat2 gembira. Mungkin jalan keluar terbaik daripada rasa kekosongan jiwa dan mungkin juga jalan keluar untuk semua masalah yang ada. Sapa tahu kan? Takpe, doa aku sentiasa utk tuju ke arah itu..Amin.
Kenangan KMC 2006

Em..sayu and sedih lak rasa tiba-tiba. Tak sabar nak tunggu jam 5.15 petang setiap hari. Amik anak-anak, turun padang and balik rumah - duduk diam2. Haishh..benda2 mcm ni la buat jerawat aku naik balik ni. Isk..tak leh jadi. Kalau aku nak, aku pasti usaha sampai berjaya. Tapi kalau tak dapat juga, apa lagi daya yang ada? Pernah bersembang dgn seorang teman (saja tak letak nama, nanti dia marah sbb dia sangat glemer..hahaha). Aku suka sangat bercerita dan berkongsi pendapat dengan dia. Simple jek..dia boleh belasah aku,aku boleh belasah dia ..just open. Katanya, kalau nak resign, kena ada perancangan, Ada duit simpanan dan apa arah tuju. Emm..insyaAllah, aku nak usahakan juga ke arah ini..mungkin 5 tahun lgi? Huaa..kuatkah aku? Cakap je berdesing2 kan? Korang doakan ya ..Amin.

Renungan :
(aku cuba nak selitkan 'Renungan' pada setiap entry sebagai Ingatan kepada diri sendiri dan mungkin juga berguna pada yang sudi mengikuti blog ini.)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu."
(Surah Al-Hujurat: Ayat 10)

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!