Sunday, June 05, 2011

..Memujuk Hati Yang Lara..

Power tak tajuk entry kali ni? Ada unsur2 meroyan tak? Tajuk adalah hanya sebuah gimik kerana tak tahu nak tulis apa dan sebenarnya, malas pun nak update blog ni. Kenapa? Em..bila hati mula berkata-kata,pasti ada sesuatu yang tak kena. Sebab tu aku elak update blog..lagipun lepas dapat email dlm last week..aku rasa ada agenda tersembunyi yg buat aku mula benci nak g opis lagi dan ada beberapa perkara yang buat aku lemau - sasau. Pujuk diri sendiri...biar kan ..biarkan..biarkan..selagi tak terjadi..jgn fikir lebih2..cuma aku berdoa..hidup aku, jgn di porak perandakan lagi..emmm..

Now ni cuti sekolah..mcm biasa, anak2 dah di eksport balik umah mak. Aku suka? Em..tak jugak..tapi dah takde pilihan. Kena standby data ..so aku takleh cuti dan Abe lak standby projek kat Paka.

Hoi..apa lemau jek munyik entry kali ni. Macam hampeh je tulis blog lemau2 kan? Aishh..sib baik la blog ni ada penapis..kalau ikut hati..mmg nak tulis je semua kat sini. Sabarr....

Khamis baru-baru ni aku mendapat panggilan Hangit dari Kak chik..cess..aku di permainkan dan aku di culik ke Shah Alam nak p tengok rakaman Dato Siti Nurhaliza bersama Bintang Kecil 3. Dah lama aku tak buat kerja follow CT ni..tapi sebab Kak linda pun datang dari jauh..I follow. Kul 2 pagi baru sampai umah. Sib baik 'bujang'.

Serius CT sgt comel..kalah budak2 kecik yg nyanyi ngn dia..
Siang Sabtu..Aku g sambut Ulang tahun kak chik yang dah lepas pada 22/5/2011. Hee..dah lama, baru ada peluang nak sambut. Just makan2 dekat Shah Alam and potong kek jek. Lps tu aku terus ke Tesco Shah Alam..merembat barang yang aku berkenan. Balik dari Shah Alam, singgah ke kedai gunting rambut. Abe potong rambut and aku..manjakan diri dengan suh amoi tu cuci rambut sambil di urut. Ngam lah. Malam tadi ke Alamanda mencari 'idaman' hati Mr Abe.

Semoga sihattt sentiasa ya kak chik..
Perlu kah aku ke negara Cina utk belajar mengadap Tembok Cina??

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!