Tuesday, June 28, 2011

..Tiba-tiba terasa Rindu..


Yang mana lagi payah? Berlindung di bawah 'Syurga di bawah tapak kaki ibu' atau 'Suami itu Syurga mu'?
Terguris hati Ibu..maka Neraka lah tempat mu..namun, hati ibu selembut salju..tercarik tak pernah terkoyak kerana hati ibu tak pernah menzalimi zuriat yang di kandungnya selama 9 bulan 10 hari. Doa ibu sentiasa mengiringi walapun zuriatnya telah mempunyai isteri atau suami. Marah ibu tak penah membakar kelambunya sendiri.

'Syurga lah tempat isteri yang mentaati suami'. Namun..sejauh manakah lembutnya hati sang lelaki kepada isteri yang tersadung kaki jatuh jauh ke dalam lubang yang di galinya sendiri? Sedalam mana tulusnya hati seorang lelaki menghargai tulusnya hati seorang isteri yang tak jemu memberi? Bersatu jiwa jaminan bahawa kasihnya akan ke syurga? Terbayangkan syurga jika menzalimi hati suami yang terluka?

Isteri    - Syurga Ibu Mu hilang bila ada Lelaki yang bergelar suami di sisi..
Suami  - Jadilah Imam kepada keluarga mu..Doa itu Kuasa paling besar yang kamu ada..

Ibu  - siapa pun kamu wahai Isteri atau Suami.. ini lah manusia yang membawa kamu ke dunia ini..

2 comments:

Asha said...

Like! :)

Liza Abd Rahim said...

hik hik hik..Like Jugak!







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!