Wednesday, January 05, 2011

..Rutin Bertukar..

Ibu garang kerana ibu sayang..
5.40 pm - 6hb Januari 2011.
'Kenapa ibu lambat lagi?' - abang
'Sama je lambat ibu ambik mcm sekolah lama Nia dulu' - adik.

Terdiam aku kejap. Dah la penat redah hujan lebat 2 hari berturut..dengan jalan sesak, tiba2 anak-anak merungut pulak. Em..ni rutin baru aku. Dulu aku ambil si abang tepat jam 4.00 pm dan terus bawak ke opis. Sekarang bila adik dah bersekolah di tempat yg sama, tak kan aku nak bawak 2-2 ke opis juga. Masak!!

Rutin aku dah bertukar. Dulu aku boleh balik lambat, now 5.15pm memang dah kena keluar amik anak2. Cuma 2 hari ni..hujan turun dgn lebatnya di sebelah petang. Jadi agak delay lah amik dia org. Aku amik pakej sampai 5.30 ptg utk adik dan si abang akan masuk kelas Tekwando next week. Aku harap bila dah masuk kelas tekwando nanti, Dan1sh tak bising lagi mcm ni. Adik pun kena sabar. Maybe sebab dia tak ramai kawan lagi...jadi 5.30pm tu mungkin membosankan.

Perjalanan dari rumah ke sekolah Abim sepatutnya tak sampai 15 minit. Tapi sebab terpaksa keluar lepas waktu kerja dan hujan pulak..jadi hampir 45 minit. Penat! Takpe...sabar, ikhlas. Sayang famili kan? huhuhu.

Bukan petang jek kena awal, pagi pun kena awal sebab nak hantar 2 orang sekali. Alhamdulillah, both of them tak susah nak bangun pagi. So far, 7.20 am dah boleh keluar rumah dan sampai opis 7.50 pagi. Nak kena cuba awal lagi..InsyaAllah..boleh punya. Kan? ;)

ps: aku bukan new blogger..tapi ini blog baru aku slps yg lama di biarkan 'berkubur'...

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!