Sunday, January 09, 2011

..Belayar..

Sistem Pelayaran Alam Maya.. ;)

Sakit juga mata bila asyik mengadap pc ni kan? Rutin yang sukar di lepaskan. Dah la bekerja mengadap pc setiap hari, pulang kerja, lepas bereskan semua kerja rumah..9.30pm, aku belayar lagi di alam maya. Hobi ke belayar ni? Tak jugak kot. Buat apa belayar lama-lama di alam maya? Emm..aku sebenarnya blogger tegar. Aku mula menulis di muka alam maya ni sejak 6 tahun lepas. Menggunakan blog sebagai tempat meluah rasa (sayang blog tu TERPAKSA di kuburkan tanpa nisan) .. aku dapat ramai dan tak kurang juga lawan.

Add me at Facebook : Lyzaa Abd Rahim

Apa yang aku cari di alam maya ? Dah jadi kegilaan hampir semua umat manusia di dunia ni..setiap hari, Facebook menjadi kegemaraan utama..kan? Tapi aku dah mula hadkan aktiviti di FB. Aku tgh cuba la ni..tak tahu la kalau dah addict..nak tinggalkan, tak menjadi pulak. FB buat manusia telus untuk berkata-kata dan catitkan setiap yg berlaku di status yang ada. Aku pun sama..setiap detik suka duka aku catitkan di sana..sampai kadang2..kalau saja suka-suka pun jadi tanda tanya org keliling kita..huhuu..so, aku putuskan..slow la dulu..mmg kadang-kadang nak berkongsi cerita tapi susah nak tafsir hati manusia..takut gak terus jd bahan mengata..ngee. Dan kadang kala, terus terang..agak sakit dada membaca status tuju-tuju yang kadang-kadang, aku lak yang terasa..haahahhaaha...Apa lagi ya? Ada yang berkawan di alam nyata, tapi tak mahu berkawan di alam maya..kenapa? Entah lah...


Ni CikGoogle yang 'besh'..

Apa lagi yang aku cari sambil 'belayar?' Biasa la..cikgOOgle menjadi pilihan utama. Tanyalah apa saja..pasti ada jawapanya. Mencari maklumat, gambar and apa-apa saja la..Google yang paling aku suka. Walapun kadang-kadang Google sebenarnya tak beri maklumat setepat mana..tapi OK lah dari Yahoo yang sekali papar..mcm-mcm maklumat yang tak perlu pun ada..kan?


Thanks blogger for FREE space.. ;)

Aku blogger dan semestinya aku juga suka layan blogger lain. Paling suka dan tak miss nak belayar setiap hari blog /web Saharil.com dan juga blog penulis Lily Haslina. Blog lain yang sering di layari, blog si Nuui yang lamannya di kunci oleh tontonan sesetengah orang saja. Kenapakah? Hee..Banyak lagi senarai blog yang aku Favorites kan pada IE..malas lah nak taip kat sini.

'Belayar' untuk hasilkan pendapatan? Yeah..ni la 'pelayaran' yang menyakitkkan poket..hehehe. Aku paling suka belayar untuk membeli belah di alam maya. Percayalah, shopping online sebenarnya adalah sangat2 murah berganda-ganda kalau pandai pilih kedai dan ada kawan yang menjual. Aku ada lebih daripada 10 blog jualan online barang2 branded mcm COACH. Beli tudung dan kain online pun adalah sangat berbaloi. Cubalah sekali..pasti terus nak membeli..Berbaloi..

Dan last sekali..aku TERPAKSA belayar untuk 'kedai' aku sendiri. Cut The Prize. Em..terus-terang, agak penat jugak menjual di alam maya ni. Macam-macam ragam manusia yang terpaksa tempuh. Ada yang betul-betul serius...ada yang sekadar suka-suka bertanya dan tak kurang juga peniaga yang marah-marah kalau rasa kita amik pelanggan mereka. Huhuh..rezeki masing-masing kan? Tapi aku tak aktif sangat..sekadar menjual suka-suka isi poket utk simpanan hari muka.

Apa lagi eh aktiviti menarik 'belayar' ni..emmm....

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!