Tuesday, January 11, 2011

..Emo Lak..

Tamara yg cantekk banget..
Huhuhu..emo lak tgk cite ni. Meleleh air mata dan hidung. Akekeke. Balik lunch kat umah and sempat la layan sinetron 'Surga Untukmu'. Tertengok pun..and tiba-tiba scene :

'Seorang isteri yang cacat berkerusi roda (Tamara) dan anak-anak yang comey terperangkap di dalam gudang yang terbakar. Dalam masa yang sama, si madu mereka-mereka cerita supaya si isteri yang cacat di benci oleh madu yg lain dan ibu mertua. Anak-anak menjerit meminta tolong dan ibu tak mampu buat apa2 melainkan doa kerana dia tak berupaya.'

Huaaa...laju je air mata aku turun. Memang pantang betul tgk cite-cite sedih yg libatkan budak-budak or binatang. Cengeng? huhuh..budak-budak kan? Tak tahu and tak berupaya. Dan dalam cite lak, ada lak perempuan cantik tapi mulut jahat..penuh dengan fitnah. Eeee..tak sehsuai langsung. Jahat!

Semalam Danish cerita :
'Budak yang hilang kat sekolah Danish tu, dia balik rumah jalan kaki..rumah dia kat Seksyen 7. Mak dia menangis cari dia'.
Adehhh...aku diam jek. Memang nak leleh air mata..tapi control la kan. Tak dapat bayangkan, budak 7 tahun yang baru mula melangkah ke alam sekolah, tiba-tiba hilang bila ibu datang menjemput. Dia balik sendiri..berani? Bukan itu soalnya..soalnya..kalau jadi apa-apa? Hati ibu..hanya ibu yang tahu.. huhuhu..


Hari ni dalam berita 'Kanak-kanak 3 tahun mati di dera'. Ya Allah..apa la nak jadi kan? Tak kisah la yang dera tu ibu tiri atau ibu sendiri..mana la hati manusia now ni. Walaupun aku garang dengan anak-anak..tak terlintas sampai tahap nak bunuh. Ya Allah..jauhkan lah aku dari sifat binatang.

Isk..tak boleh layan sinetron ni..kang terjebak lak. Hahaha..now pun dah terikut sinetron 'Bukan Diriku'. ngeee..suka sebab..lawa-lawa pelakon Indonesia ni. Ok..mari kembali ke tempat bekerja.

ps: mencik tul aku tgk watak sekor ni..hahaah..(emo ni)

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!