Monday, January 24, 2011

..Royal Belum Rainforest..


Arghh!! Gigih ni memaksa diri utk bercerita tentang XPDC Royal Belum Rainforest pada 20 - 23hb Januari yang lepas. Kepala masih ting tong dan beroleng-oleng. Siapa yg suka blogging..compem faham kan perasaan kalau takde mood nak berblogging? Perah..kerah..sure tak tertaip..OKek..Okek..amik mood..pejam mata..bayangkan peristiwa sambil menaip? Wah..boleh kah? Hahahaha.. Opss..lagi 1 yang buat tak berapa nak ada mood ni sebab..takde gambar sangat sebab tak bawak kamera. Nak bwk SLR, kena bayar permit and limit untuk beberapa orang jek..nak bawak compact kamera kepunyaan Dania..babahnya tinggal la benda itu di opisnya..

Klik sini untuk Album BELUM

20hb Januari 2011.
Tepat jam 10 malam, aku dah terpacak di lokasi yang di janjikan dan Aik!! Takde orang pun..bas pun tarak..dah kena tinggal ke ni? Abe lak jawab..biasa la kan, janji melayu. Yeah! Kena sebijik. So tunggu punya tunggu..sket sket ahli datang dan bas pun sampai jam 10.30 mlm. Sumbat bag dlm bonet bas..agih2 t-shirt and posing-posing..11.35 pm - BERLEPAS. Perjalanan yang asyik-asyik berhenti ni mengambil masa selama 6 setengah jam lah jugak untuk sampai ke destinasi. Berhentian di R&R Rawang selama 30 minit untuk minum-minum...jalan lagi..berhenti pulak di R&R Tapah untuk 'membuang' apa2 yang patut dan siapa2 nak berasap, time ni la jugak tapi tak lama la..dalam 15minit. Jalan lagi..dengan kesejukan yang amat sangat, aku dah berbungkus dlm sleeping bag. Sampai R&R Kuala Kangsar..berhenti lagi. Adeh! Penin kepala. Ye la, baru nak lena..stop. Kat sini 30 minum dia org p ngeteh lak. Aku yang dok bas dengan geng perempuan lain..naik beku dah. Masa ni masing-masing di beri ubat anti - malaria. Opss..masa ni dah masuk 21hb la kan? Sebab dah pagi. Sampai di Masjid Gerik adalah pada jam 5.00 am. Solat subuh berjemaah..hamekk..1 surah 1 rakaat dan siap kena sujud sejadah lagi. Heee...

21hb Januari 2011
Selesai solat subuh, terus mencari sarapan. Dapat la makan nasi lemak sambal ayam + sambal ikan bilis. Sedap siot nasi lemak kat situ. Lemak gilosss. Syiok2. Lepas perut kenyang..terus ke jeti. Pukul berapa ek masa tu? Aiseyy..lupa pulak nak tengok jam. Rasanya pukul 9. Aku, Iena, Natte, Lin, Eyda and Iskandar naik 1 boat. Neno neno (sila buat mcm bunyi ambulans) takde mood nak taip..aci tak buat dlm point jek?
- Masuk dalam pondok (bayangkan seperti rumah panjang)
- Letak barang-barang
isk, tak best lak..haaaa..terus ke aktiviti la senang kan?

Ini lah BA - hukum pakainya adalah WAJIB

Water Confidence (WC).
Anda di minta berkumpul di jeti and semua orang adalah wajib memakai BA. BA tu apa kawan2? Ya..BA itu adalah Bantuan Apungan a.k.a  Life jaket. Kenapa kena buat WC? Kerana...anda semua hidup di kelilingi air yang dalamnya adalah 50 Meter. Semua orang DI WAJIB kan terjun ke dalam tasik. Ho ho ho..aku memang tak penah confidence dengan air..tapi? tak kan tak mau buat lak. Cekal kan hati..berdiri tepi pelantar..pusing kan badan ke belakang, depa kan tangan dannnnnn gedebushhh!! Yay!! hahaha..takut sebenarnya, tapi buat2 tak takut..lepas semua dah terjun..buat bulatan dalam air dan amik gambar. Besh pulak rasanya. Oh ya..selain BA, wajib juga memakai stokin. Kenapa? Sebab kaki ada reflection yang menarik alam misteri di bawah sana. Tapi kan..korang pernah dgr cite dogeng yang tak betul yang orang selalu canang? Ikan Toman sebesar van, keta dan lori serta memakan orang adalah tipu saja. Takde sejarah lagi, ikan Toman telan orang di situ..ngeh nggeh ngeh..

Rentas Tasik Dengan Tali
Adehh..ni lagi 1 benda yang buat aku cuak. Aku adalah tidak pandai berenang. Maka aktiviti dlm air adalah sangat horror. Pulau ke pulau sejauh 50M (kot). Berpaut pada tali dan terus ke seberang. Still lucky coz ada BA, so kena la gagahkan diri terkuak-kuak untuk sampai ke seberang. Macam biasa lah, cik Kenet la yang membantu sebab dia memang hantu air.

Jungle Tracking
Uhuk! Dari air, terus ke darat. Sekali pandang..memang betul2 seram. Hutan dara katanya. Aku yang penakut dengan pacat mula la tak keruan. Sepanjang perjalanan, mata aku asyik ke bawah je sebab cari pacat supaya tak naik atas kaki. Sorry ya kawan-kawan, saya memang penakut dengan pacat. Geli seh! 1st time tgk pacat mula memanjat kawan, aku dah mengelabah. Depan aku, kawan control jalan sambil memberitahu aku di mana pacat berada. Hahaha..terima kasih Lin. Hampir sejam merentas hutan dan sebab ketakutan, takde apa pun aku belajar pasai hutan dalam tu. Bila stop jek, aku mengelejat sebab takut pacat.Sampai di pondok semula, aku minta tolong kawan tgk kan kaki . Terkena juga lah. 2 ekor terselit di stokin dan 1 sedang sibuk mengisap darah. Ho ho ho..meleleh air mata aku minta tolong kawan2 dan dia orang lak, siap takut2 kan..


Twit! Panjang ni..tak besh kan baca blog panjang2..so jom ringkaskan tanpa ikut date. Heee.. selain jungle tracking, kita orang masuk lagi hutan pada hari kedua untuk melihat Raflesia. Nasib tak baik..bunga itu sudah layu. Dah la kena panjat bukit..sedih rasanya. Sekali lagi masuk hutan adalah untuk meninjau habitat liar. Bernasib baik tak bertemu dgn haiwan2..mereka hanya meninggalkan tapak saja. Antara tapak yang di jumpai, tapak Kijang, Selandang dan juga Ba alif Ba Ya.

Okek..aku dah tak tahan mengantuk ni..nanti la sambung..eh jap..ada 1 cite besh nak share.

Ini lah pondok itu..ho ho ho.. :b
Malam pertama, 4 drpd 7 orang geng perempuan denger bunyi 'org' berjalan di dalam pondok selepas lampu di padamkan. Lebih kurang jam 3 pagi. Aku yang dah di buai mimpi memang tak dengar apa. Sekali nak jadi cerita..malam kedua, aku dan kak Ina pula yang kena. Bayang kan..dlm kegelapan, kedengaran derapan kaki yang hanya sejengkal dari tapak kaki sendiri, berjalan dan tiba-tiba bau wangi singgah di hidung. Hooo..compem laaa tak leh lena. Aku tak henti baca Ayat Kursi dan berpeluh 1 badan. Huhuhu..seram seh!
Memang lawa gila air terjun ni...

Sambung sket lagi..aktiviti yang kita org buat kat sana adalah kayak. 1st time berkayak ni..seronok juga. Ada yang memancing tapi tak dapat2 ikan. Emm..makan mlm kedua..ada BBQ ikan Seberau..terjun di air terjun yang sejuk dan dalam adalah jugak sangat syiok..

Habis daaaa...kesimpulannya..Boleh la tahan sebab tak semua org ada peluang nak ke Royal Belum Rainforest kerana perlukan permit dan MAHAL..hak hak hak..

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!