Wednesday, January 26, 2011

..Menabung..

Alhamdulillah..selepas gaji bulan Disember 2010 masuk pada 11hb Disember, hari ni, gaji bulan Januari 2011 pun terbit dalam akaun bank masing2. Hilang sesak? Hilang semput? Syukur kan? So far, alhamdulillah, rezeki aku dan keluarga tak pernah putus cuma bila terdengar kawan2 yang kekeringan..turut simpati..tapi hari ni? Tak kan semua nak enjoy kot?? Jangan lupa hari depan ya kawan-kawan. Diri sendiri pun sama..sentiasa beringat dan Alhamdulillah, punya suami yang sentiasa beringat tentang masa depan dan sampai kadang-kadang aku tanya 'Simpan duit byk2 ni nak bawak kemana?' hek hek hek..

Sebelum tu, aku terbaca tentang Rakyat Malaysia Malas Menabung.
  • Hanya 39% rakyat Malaysia menabung.
  • 28% sahaja merangka bajet bulanan dan mematuhinya.
  • 21% membayangkan tabungan mereka hanya mampu bertahan untuk empat minggu saja.
  • 37% bimbang mengenai kedudukan kewangan mereka.
OK..kenapa menyimpan? macam mana nak menyimpan? Tak perlu lah kot nak hurai satu persatu kat sini kan? Kalau google, sure banyak kat dalam perut cikGoogle tu..tinggal nak gali saja. Baca lah..jangan malas.


2 tahun gak tabung ni nak penuh..
 Teringat kisah sendiri ketika bujang dulu. Dengan gaji tak seberapa dan tak punya kereta, alhamdulillah, aku boleh simpan separuh daripada gaji aku. Alaaa.....rahsia2 pulak..masa tu..10 tahun lepas, gaji aku RM1350 jek..ngeee..ye la, budak Dip jek..ni je la habuanya. Tapi sebab aku bukan jenis 'gebang' luar..dapat la menyimpan.

Selepas 10 tahun bekerja..walaupun tak banyak, syukur..aku ada simpanan sendiri dan dapat tolong mak abah, adik beradik dan kawan-kawan yang memerlukan. Pinjaman tanpa interest..baik tak? Hahahha..cuma masalah aku...dah kasi pinjam...aku segan nak minta balik dengan harapan..duit di pulangkan dengan seikhlas hati sebagaimana ikhlasnya aku nak tolong. Ho ho ho..ikhlas ke kalau tulis mcm ni? Hahhaa..insyaAllah. Cuma kadang-kadang bila suami yang tanya..'dah dapat duit balik?' heeeeeeee..part ni yang aku gagal sket. Sengeh je la..uhuk.

Tahun ni, aku pejam mata, korbankan lagi 1/5 daripada gaji aku dengan melabur. Tak mula..memang tak jadi kan? Simpan duit bukan nak jadi jutawan..tapi untuk masa depan. Walaupun semua urusan anak, suami dah uruskan tanpa usik sesen pun duit aku..kena la juga beringat untuk diri sendiri..Aku nak sangat cuba meniaga. Now dah jual Authentic COACH bag secara online..modal dari suami la..hee.skrang tgh tekad nk join kawan lak..and kena pejam mata untuk modal lagi..ho ho ho..

Satu benda yang wajib buat ialah Haji jika mampu. Alhamdulillah..aku dan suami dah register Haji. Bila dapat p? hahaha..umur 52 tahun nanti. Ho ho ho..Suka dengar ada kawan-kawan yang masih muda dah mampu beli rumah sendiri, ada kereta sendiri dan punya simpanan yang banyak dalam bank. Respect pada yang beringat..Tabik spring..toink toink..


Yay! Berjaya tidak meng'swap' kad kedit selama hampir 2 bulan..
Aku tahu..'Lain padang, lain belalang' kan? lain orang..lain la rezeki dan nasibnya. Tapi Allah dah janji, Dia tak kan sia2 hambaNya yang sentiasa berusaha ..betul tak?? Cuma aku terfikir....KALAU lah nasib aku tak baik nanti..ada yg tak sudi menghulur simpati...

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!