Wednesday, January 19, 2011

..IKIM.fm..



Assalamualaikum.. pagi-pagi dah menulis ni.Bukan apa..nak tulis something yg aku dengar di Motivasi Pagi IKIM.fm pagi tadi. Tajuk? Tak sure..and aku pun sejak dah tak berapa nak muda ni..boleh masuk dlm kepala, tapi susah nak terjemahkan semula. Emm..something like :

'Pahatkan keburukan di atas pasir, supaya apabila angin lalu..semua keburukan akan berlalu pergi. Pahatkan kebaikan di atas batu, supaya kebaikan itu akan terus kekal selamanya. Membiarkan keburukan pergi dan mengingati kebaikan adalah kunci kepada ketenangan jiwa.'

DJ pagi yang bila bercakap..mcm sentiasa tersenyum..
Alhamdulillah..aku mula beralih ke IKIM.fm sejak bulan Oktober 2010. Setiap pagi, seawal jam 7.30 pagi, kita akan di sajikan dengan motivasi yang cukup cukup menenangkan diri sendiri. Positif. Itu yang aku perolehi. Kadang-kadang time hantar anak 7.30 am tu, dengan kereta yg bertali arus dan anak2 yang tak tahu apa perangainya pada waktu pagi..siaran ni betul2 buat aku tenang. Alhamdulillah.

DJ Bahasa Arab..Melayu? Aiseyy..ckp sebijik Mek Arab daa..
Malam-malam, kalau keluar makan, aku sekeluarga suka layan 'Belajar Bahasa Arab'. Haha..masing2 nak tunjuk skill which is mr.abe alwiz the best la. Danish yang baru merangkak belajar bahasa Al-Qurang ni memang suka bertanya dan aku akan jadi bahan perli sebab aku amik Arab Komunikasi sampai tingkatan 5 ..tapi? Hampeh..apa pun tak tau..hahahha. Abe lak..belajar arab dari darjah 1 sampai form 3 dan sambung semula semasa di IUPUI..emm..logik lah dia paling terra kan?

Kepada yang drive pagi tu..aku sarankan..tune la ke 91.5 at least utk dengar Motivasi Pagi..insyaAllah, kalau masa nak p kerja tu hati tgh membengkak..insyaAllah..akan surut..tenang..dengar lah.. :)

Aku ada azam..bukan azam 2011..tapi ni azam diri sendiri.

'Tet tet tet' OK..azam dah simpan dalam hati..hak hak hak..

Cuma aku berharap..kalau aku berkawan dengan siapa saja..tak de siapa yang akan ungkit cite lama..aku tahu..semua org buat silap termasuk aku. So, kenang kebaikan..lupakan keburukan. InsyaAllah..Amin!

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!