Monday, January 10, 2011

..AJL 25..

Saja-saja komen AJL25..
Yeah, opening AJL25 yang masyuk and M.Nasir semakin encem. Eh..apa kena mengena encem ngn Juara lagu? Ngeehh.. Francisca ngn Nash pun masyuk wpun tenggelam suara..ke tv umah ni? Tak kisah la kan? Mereka dah bergelar juara dulu kala..malam ni kita tgk siapa yang jadi JUARA.

Masa aku menaip ni, Tomok tgh nyanyi..em, ligat betul dia, jgn koyak suar sudah..keh keh keh. Tadi Yuna, mcm biasa..slow melow dgn keyboard. Aku suka probs lagu Yuna (sorry, tak berapa nak hafal tajuk lagu). Bukan peserta peberet...aku tunggu Shahir je ni. Bukan nak tunggu dia menang..tapi saja mau tgk dia..ahaks! Ok, now is PELITA dgn API..eh ke API dgn lagu PELITA? keh keh keh..belasah. Sorry beb..tak penah dengan pun lagu ni..heeee..


Embun pun tak kan mampu..la la la..
OK..Shahir nak nyanyi...syyyyhh!! Huhuuh..starting tanpa muzik..suka suka suka (over tak aku?) ... Ala..apa ni rambut pacak-pacak..melodi pun di slowkan tempo..aiseyyy..tak syahdu la mcm ni...Grrr.. Alamak..apa ni, ada lak kuar perempuan yang marah-marah...tak besh la. Kacau la suara itu..EH! Nasha? huhuhuhu..Kesimpulan..biasa-biasa aje Shahir malam ni..

Tepek yang chomel ngn encem jek...hak hak hak
Lagu next is 'Drama King'..lagu peberet and harap boleh menang. Lirik dia besh..vokal Black superb! Tapi vokal Lan Typewriter lagi power kot. Okek..skrang budak chomel ni lak nyanyi. Hafiz..makin debab dia..ngeeh. Beraksi solo saja. Alamak..kena tembak..ramai la pelakon. Dah mcm Faizal Tahir la plok..hak hak hak..ok la..menjadi la ni..heeee...Tepuk tepuk tepuk..

Ana Rafali? heee..tak tau. Tak penah dengar and dengar je laah. Nampak style ala-ala Yuna. Banyak la probs. Suara dia mcm kuar dari hidung..tak jelas daa dia sebut apa. huhuhu. Kita tunggu Faizal Tahir...kegemaran ramai. Nak tgk apa lak MAGIK dia mlm ni..iklan daaa...tunggguuuuuu..(aik, Iklan pun iklan Faizal Tahir? uwekk.. )

Kita tgk berapa ramai yang HANYUT dengan FT mlm ni..
Wat lawak la 3 ketul ni..alamak. Salah lagu..FT nyanyi lagu SELAMAT MALAM daa.. haa..dah tukar jantina lak dia..jadi Khairiah lak pulok..hhaahaha. Ramainya bawak naik pelakon..tak kan miming je FT? Kerasnya suara..kalau dia tuju lagu ni pada aku dgn nada suara ni..terus jadi SELAMAT TINGGAL la..mau terkejut tidur..hak hak hak. .

Keciknya mek Adira ni..tak pakai kasuit kah? Nak komen apa eh? Vokal dia best..ye la, rasanya lagu ni yang paling mencabar vokal. Kalau menang vokal terbaik..ada yg nak pertikai? Tak kot kan? Jom layan Bunkface lak..nak tgk je, tak mau komen apa2..nak tunggu Stacy lak. Tak sabar nak tgk dia menari. Jeng jeng jeng..

Menari sokmo pun debab gak si Stacy ni..
Terpukau kah? Nak tertido ada lah ni..Oh, Black dulu dgn Sofea Jane. Kenapa dia tak pilih tajuk lagu 'Mas Idayu' ek? heeee..cepat la abis. Nantuk sudah. Nak tunggu CT gak ni..Layan HANYUT dulu. Baru betul..tadi salah sudah. Tak penah buka spec si FT ni..takut lah tu nak pandang penonton..hahahah..dan kenapa aku tak penah dengar lagu ni? Hee..sorry ya fans FT. Sebenarnya, aku memang dah lama tak layan lagu-lagu kat radio or TV..

Stacy tak byk menari malam ni..nak save vokal agaknya.Dah agak..dia akan nari last sekali..betul2 nak simpan tenaga utk vokal nampaknyaa..Yeay, lagu terakhir dari Hujan..Konklusi. Starting yang rancak tapi vokal tak best..mcm mendatar jek. Hee..pandai2 je aku komen. Dah ngantuk ni sebenarnya..sbb tu sambil tgk AJL..sambil layan blog ni, kalau tak..compem2 aku alih2 siaran TV..dah la si NOh ni kata 'cuba pejam mata'..kalau aku pejam? Terlepas la nak layan CT nanti.. heee.

Mereka bergabung di pentas AJL 25 (?)
Wah! Merahnya. Alhamdulillah, proper hijab by Dato Sharipah Aini. Memang muka arab la. Kalau tutup leher tu lagi bagus kan? Pelan2 kot kan..

Kak Ziana lak kuar..meriah dewan. Lawanya kulit alahai..ni jeles ni. Hek hek hek..Gamat weh dewann..tak sabar nak tgk CT lak..
Yeahh..dia dah masuk. Compem tak mahu kalah. Penuh stage. Selsema kahh CT? Dan yg tak suka CT..isu 'tudung' akan terus di perkatakan..kan? kan? kan? Haaa amek...3 lagu tak abis2 lagi..yg lain, jgn jeles ya. Makin ligat tok ti now ni yaa..heeee...

Dannnnnnn semua pun kena TIPU...mereka 3 tak bergabung di pentas..nyanyi lain2 segmen..Ha Ha Ha..

Okek..masa utk umum pemenangg..lps tu boleh Titun..
(Now ni tgh iklan Jin Ijo Bodo..Super Power..Hampeh!)

Persembahan Terbaik AJL 25
- Faizal Tahir - Hanyut.

Vokal Terbaik AJL 25
- Hafiz - Noktah Cinta.
(dah agak dah..sbb tu nyanyi tegak jek)

Lagu :
Tempat ke- 3 AJL 25
-Noktah Cinta - Hafiz

Tempat ke- 2 AJL 25
- Drama King - Meet Uncle Hussin & Black

Johan AJL 25
- Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Ni la Juara Lagu 25.
Hahahaha..ada komen? Aku? takde..sebab aku tak tau siapa pun dia..Maybe lepas ni aku nak layan lagu ni untuk jatuh cinta. Kontraversi tak AJL 25 kali ni?Tapi kalau tgk barisan Juri kali ni..memang logik lagu ni menang...Sorakkan pun dah tak dengar ni..ngeehh...

OK..chow! Kita baca paper sok..

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!