Tuesday, July 05, 2011

..Terperangkap Dalam Mimpi..

Mimpi itu apa? Tidur..dan kemudian terasa berada di dalam dunia lain dengan situasa yang tak pasti? Di mana? Kenapa? Dengan siapa? Sejauh mana mimpi itu akan menjadi realiti atau mimpi sekadar menghiasi tidur insan yang jiwanya sentiasa berfantasi. Dalam Islam, mimpi terbahagi kepada dua iaitu Mimpi 'Benar' dan 'Batil'. Em..bukan mahu jadi petafsir mimpi apatah lagi mahu mendefinasikan apa itu mimpi, kalau rajin, tanya cikGoogle, pastu jumpa jawapanya nanti. Rajinkan? Jangan malas..Membaca tu jambatan Ilmu. :)

Mimpi yang ngeri buat kita serik untuk lena lagi..kan?
Lately, sejak aku tak berapa nak sihat ni, aku sering di singgahi mimpi-mimpi yang kadang-kadang OK, kadang-kadang Ngeri. Menjadi kebiasaan, dari kecil, aku bukan jenis ingat apa yang hadir dalam mimpi. Pelik kah? Ada kawan cakap 'Orang yang tak ingat mimpi, orang tu banyak dosa'.. mengalir air mata aku masa tu. Ye ke? Tapi masa tu aku masih di tingkatan 4 rasanya..dosa apa? Em..mengarut aje lah.Aku bukan lah jahat sangat masa tu. huhuhu..

Ustaz kata 'Kalau kamu bermimpi sebelum azan subuh dan mimpi itu tidak menyenangkan kamu dan kamu tak mahu ianya jadi kenyataan, simpanlah ianya sebagai rahsia sekurang2nya selama 3 hari kerana mimpi sebelum subuh adalah mimpi yang InsyaAllah akan menjadi realiti.' Takut kan? Apapun, hanya Allah maha mengetahui.

Mimpi yang sering hadir now ni, mimpi yang buat aku terperangkap dalam mimpi sendiri. Pernah terperangkap dalam mimpi? Mimpi macam ni, buat kita berpeluh-peluh bertarung dengan diri sendiri supaya mimpi itu terhenti. Seksanya ya Rabbi. Pelbagai ayat Allah di bacakan supaya terlepas dari belenggu mimpi seperti ini. Kalau tak mahu terperangkap, maksudnya, mimpi tu semestinya mimpi tak indah la. Namun aku masih tak ingat apa yang aku mimpi kan. Just penat bertarung..tersentak dan terjaga, badan dah basah. Nafas pasti laju dan biasanya, mimpi macam ni biasa berlaku di siang hari. Ya, now aku sangat senang tidur siang, nak-nak badan tak sihat sangat.

Kehilangan juga adalah mimpi atau realiti yang sangat aku takuti. Tapi siapa aku untuk halang daripada ianya terjadi? Em..cuma berdoa, Allah kuatkan hati ni.
Teruskan bermimpi kerana mimpi itu pendorong kejayaan diri..

Apapun mimpi indah atau ngeri yang singgah ketika tidur tak kira siang atau malam hari, aku masih mempunyai mimpi dalam kehidupan ini, mimpi yang aku wish akan jadi realiti suatu hari nanti. I wish :

1. Resign kerja (masih berharap dan sedang mencari jalan)
2. Ke tanah suci Mekah for Haji atau at least Umrah.
3. Bahagia bersama keluarga.
4. Percutian ke Swizerland kemudian ke Australia kemudian ke USA kemudian ..arggh, nak pusing dunia la.
5. Anak-anak berjaya dengan Ilmu dunia dan akhirat dan tak lupakan aku.

Isk..penuh ni kang dengan mimpi..terus jadi mimpi ngeri..heheheh. My doa now..semoga aku cepat sembuh. Amin.

Mimpi ngeri sekarang adalah tak sampai hati nak tengok muka sendiri kat cermin. Muka yang terbakar sebab main netball tengahari rembang + muka tak sihat + muka posa. Adehh..camno eh nak repair balik muka ni?

Menang or Kalah, kita orang tetap Menang Posing..

Renungan :
All our dreams can come true, if we have the courage to pursue them.
Walt Disney


1 comment:

Hani said...

Ustaz kata 'Kalau kamu bermimpi sebelum azan subuh dan mimpi itu tidak menyenangkan kamu dan kamu tak mahu ianya jadi kenyataan, simpanlah ianya sebagai rahsia sekurang2nya selama 3 hari kerana mimpi sebelum subuh adalah mimpi yang InsyaAllah akan menjadi realiti.' : kalau mimpi tu mimpi yang menyenangkan, kemudian kita cerita kat orang lain? :)







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!