Saturday, July 23, 2011

..Sabtu - Theraphy Day..

Hallo. Hah! hampir seminggu tak update blog..puas hati. Kenapa tak update? Sebab takde modal dan takde mood nak update. Mana mode lari? Entah la..senyap sunyi, hilang macam tu jek. Hari ni sepatutnya aku dah plan nak p bercuti ngn famili. Plan nak ke Frazer Hill atau Genting Highlands..tapi hotel semua pun full kat Genting nun..kenapa eh? Pagi tadi Abe kejut ajak ke Cameron Highlands..alamak! itu dah jauh..dah mcm nak balik kampung jek. Malas la..ikut hati nak je merajuk..ye lah, dah 2 minggu aku plan nak cuti..tapi tak jadi lak..tapi malas la nak sakitkan kepala..ajak je Abe p Sunway Piramid. Motif? Nak cari 'barang' yang belum jumpa-jumpa yang berkenan. And tadi kat Sunway ada la yang aku suka, tapi hampeh la SA kedai tu..mcm haremm je sombong, terus ilang mood aku..apa, ingat takde duit ke? So aku decide beli je nanti benda yang sama, ada kat Jusco Equine coz cino kat equine tu lagi friendly. Padan muka..sapa suh kerek..blah!!

Eh! dah sampai New York? har har har..Coach Sunway la...
Bagus Butik Coach Sunway ni..terbuka dan takde pak guard..idak la segan nak masuk. SA dia pun friendly..
Minggu ini dan jugak hari ni hari aku beli barang ikut suka hati aku. Hahaha..shopping kan theraphy jiwa. Buang stress and buang mode swing yang tah apa-apa. Tak apa..dunia memang macam ni..time suka - lain dan time takde keperluan, lain la jadinya. Lantak! Emm..lagipun, alhamdulillah, item kat Cut The Prize aku dah sold out semua. Tapi Set aku sendiri belum pakai, kalau sapa-sapa nak, aku boleh let go KOT. Kot la..sbb bag MJ tu memang sangat superb and susah nak dapat dengan harga yang aku offer..sapa beli tu memang untung GiLa.

Coach Swinpack beli kat Sunway Coach Butik .. 50% off.
Levis ni aku beli Online direct dari US and now on the way ke sini..yay!
Minggu ni, lepas dok belek-belek shopping online, aku rembat Jeans Levis seketul direct dari US. Masa tu Levis Online ada 50% diskaun..maka selaju jet aku odet. Masalah gak nak cari size 26 x 32 masa sales and dapat la seketul. Just berharap...lepas lagi la size 26 tu..hak hak hak. Lepas odet Levis, hati ni sangat swingpack baru ..cari online gak lah kan kalau nak murah. Tapi dah tak ramai yang jual swingpack and kalau ada pun semuanya RM400 ke atas. Isk, tak nak lah aku..aku dah tau harga COACH kat US ni, memang sangat berkira sket nak beli wpun online kalau rege mahai gak. Tapi, pucuk di cita, ulam mendatang and masa jenjalan kat Sunway tadi..COACH ada sales up to 50%. Wallaaaa...sangat teruja. Actually aku tak tau pun ada sales..just masuk nak cuci mata..and si SA si cantik manis tu beritahu aku ada sales. Apa lagi..mengelejat la kejap. Terus sambar swingpack pink karer itu..and COACH Malaysia buat sales sampai 31th July 2011 ni..sila lah.. ;)

Hari ni lunch kat Sushi King..and sushi king dah apply sijil Halal ya.. :)
Tadi jugak..alhamdulillah, ada Karnival Photo Wedding kat situ. Terus amik pakej idaman dan impian aku akan jadi kenyataan on 31/7/2011 nanti. yay! Tak sabar..so, semua benda yang aku idamkan dlm blog tahun 2009 (malas nak letak link blog tu) akan jadi kenyataan.. TeRuJa! Outdoor wedding photo session with my famili..aku minta tema 'Happy dan Ceria'..so..tungguuuuuuu.. ahaks!

Sebenarnya, aku sangat teruja dengan Gucci dan Prada..teringin gak nak pakai. Masa kat Paris, memang nak je rembat Gucci Sukey Hobo for RM2000++..tapi bila aku fikir-fikir balik..aku sendiri tak tahu nak beza kan gucci/prada fake dengan ori..terus fikir banyak kali. And both design ni, kalau aku tengok orang pakai kat Mall..memang aku tak dapat beza..Ori atau Imi..so nanti kasi belajar dulu..pastu fikir balik..nak miliki atau tak.

Aigner Perugia II A07229 Ladies Watch
Huishh..cantik kan Jam Aigner ni. Tapi bukan aku punya..hanya dalam mimpi. Dalam MAS ari tu ada jual and rasa nak je minta 1. Harga dalam RM800 and kat butik more than RM1K. Isk..ni angan-angan je la..belum masuk senarai teringinnnnnnnn sampai mimpi2. Lagipun dah nak raya ni kan..kena ada persiapan walaupun ala kadar dan juga persiapan lain yang menanti bulan 11 nanti. Huhuh..istifar banyak-banyak.

Renungan :
Ikut hati - mati. Ikut rasa - Binasa. Ikut nafsu - Lesu.
Diam itu tanda 'suka atau sebaliknya' (?)



No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!