Friday, July 15, 2011

..Meneruskan S.i.S.A-s.I.sA kehidupan..

Ahaks! Poyo tak TITLE kali ni? Apa ada di fikiran bila baca title tak semengah macam ni? Poyo? Meroyan atau Kesianyerr..hak hak hak. Ala...sebenarnya tengah penin ni fikir pasai kerja. Kenapa? Aku ni suka sangat merungut ? atau..aku je ada kerja? Tak - semuanya pun salah..sebab ni blog aku..sebab tu aku nak merapu-rapu kat sini..

Em, selepas story kat Mr.Abe 'my new' job for next September..ala, dia buat muka mcm 'tak best' lak. Ni yang malas ni..mula lah aku terfikir-fikir balik 'salah ke accept kerja mcm tu?'. Lepas tu baru aku terbayang 'kertas..kertas..MS Word..Ad Hoc..Meeting and bla bla bla'. Di beri dua pilihan tanpa balik kepada kedudukan asal..aku terpaksa pilih yang 'ini' dan yang 1 lagi..TIDAK - Nehi..Kabi Nehi. Tak apa lah kan..buat je dulu..takyah fikir lebih-lebih. Lagipun, lucky je aku tengah puasa masa decision ni di buat..kalau tak, sure aku argue gak. Penat lah puasa2 ni nak cakap banyak..and kelakar sampai bos aku cakap 'Nampak you macam OK jek..body language pun OK je saya tengok'.. Muaahhaha. Teruk sangat ke protes aku sebelum ni? Ada gaya-gaya nak makan orang ke masa aku 'bertekak' dulu..So, hope ada lah hikmahnya keputusan di buat masa aku puasa ni..Amin.

So, ada 2 bulan je lagi untuk aku selesaikan sisa-sisa kehidupan aku sebagai Programmer. Sedih? Rasa rugi? Tak kot..aku pun dah malas nak mengadap coding. Lagipun kesian team yang dapat aku..dah la level rendah, knowlege kureng, pastu tak leh nak tolong apa-apa .. sadis. So, daripada menyusahkan team dan bos yang terpaksa fikir sampai ke dasar laut utk pastikan KPI aku tak sama dia orang wpun kerja hampir sama..so aku rela hati, terima pengalaman baru ni nanti. Kalau tak boleh juga nanti..aku fikir cara lain..dah takde motivasi nak kerja pun sebenarnya.

VTS and OEaFMS
Ni dua benda yang aku dok mengadap now ni. Aku tak involve pun dalam coding for these two systems. So sad kan? Kerja aku just buat interface, some reporting, document (half-half), go for meeting and testing. Both kena siap End Of July which is yang biru tu..baru sangat dapat. Tapi alhamdulillah..OK kot. And yang pink tu, nak post ke user next week untuk 'main-main'. Tengok lah rezeki mcm mana kali ni.

NASA
Haa..ni project WIT aku yang dah hidup segan mati tak mahu. Ikut hati aku, memang aku nak biarkan je jadi Gajah Putih...tapi puan assign member lak..share KPI..adeh. Ni alasan aku dari dulu..benda ni WIT jek..tapi asal la bebankan aku dengan scope yang tah apa-apa. Dari 2-3 table..dah beranak pinak pulak. Actually dah jalan dah 1-2 module..sampai kat main module ni aku dah malas nak fikir and baru-baru ni..DB tukar lagi. Stress la..dan kepada owner system..Maaf la ya..makan tahun dah ni.

Renungan :
Mana lebih berat? Tanggungjawab sebagai surirumaah atau sebagai pekerja makan gaji?

 

2 comments:

B.e.T said...

lbh berat? cerr timbang... hihi...

Liza Abd Rahim said...

timbang la yang berat..muahahah.







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!