Friday, July 01, 2011

..Dalam Kepala Ada Apa?..

Halluu..oh, tak berupdate lak blog ni semalam. Semalam masa nak update, tiba-tiba banyak lak halangan. Em, ni pun nak taip je apa ada kepala..ada apa ek? Em..ada 1 benda yang aku bercita-cita nak buat sejak 5 tahun lalu..

Impian untuk 10th Anniversary 2011
Impian aku tahun 2009 (klik sini)..Cuba tengok gambar ni. Perkara 1- 3 semua aku dah selesaikan. Semua dah jadi kenyataan, Alhamdulillah..and perkara 5 tu, dah boleh di abaikan..Em, now, tengah fikir macam mana nak realitikan perkara No. 4. Teringin sangat..tapi 4/8/2011 adalah bulan puasa dan aku rasa, benda tu makin mahal sekarang. Bukan masalah duit, masalah..duit dah ada plan lain yang lagi penting. Selain nak raya (tak fikir pun lagi pasai persiapan.nak ala kadar je tahun ni, macam last year..but still sambut raya kan? ), ada persiapan lain nak kena buat. TAPI kalau Wedding Outdoor shooting ni jadi realiti, aku nak bawak Danish ngn Dania sekali. Actually, masa aku berangan tahun 2009 dulu..aku bayangkan, aku dlm wedding dress dan ada 'perut' ke depan..kira amik gambar berlima lah..tapi, takde usaha pun ke arah itu..maka, perut ni kekal dgn six packs..hahhaa. Kenapa beriya sangat nak ada impian mcm ni? Sebab 4/8/2011 will be our 10th Anniversary. InsyaAllah...amin.

Gambar Hiasan : Rindunya pada Mimi yang debab ini..
Semalam aku lunch dengan kawan sekuliah..si Teo. Makan berdua je kat Azizah. Abe dah bagi green light pun. Dia cina..tapi macam melayu (anak nak masuk 2) So, setakat restoren Azizah, dia tak kisah lah. Just dia ckp 'Sini je ko nak suh aku belanja? Ingat nak p hotel ke..restaurant mahai2 ke' hahaha..bengong. Aku bukan jenis cekik darah punya orang. Aku dan Teo memang kamceng gila. Pernah la di gossipkan..tapi aje gila, dia tu dah la macam galah (aku bwh ketiak dia je), bukan melayu dan yang paling penting, aku dah ada pakwe lagi 'mantap' masa tu. Seronokkan ada kawan rapat yang kita boleh luahkan segala-galanya..memang dari dulu, kawan rapat aku biasanya lain jantina, sebab senang nak berHuHa..takde sapa nak terasa apa-apa. Semalam kerja aku gelak je..sampai dia ckp 'Ko ni tak berubah-ubah kan..asyik nak gelak jekk' ...keh keh keh. Aku saja la gelak kuat2 semalam tu wei..ko tak nampak orang UNITEN dlm kedai tu? Baik aku tunjuk perangai tak senonoh drpd aku control..nanti orang ingat kita dating lak. Hahahah. Yang tak tahan..dia ckp, kot yo pun, jangan la gelak macam gorilla..hahahhhaa..bongok! Tapi itu hanyalah episoh semalam..now, masing-masing dah ada hidup sendiri. Nak jumpa macam ni..tak tahu la bila lagi...

Renungan :

“Jangan pernah merendahkan dirimu, sekalipun orang-orang merendahkanmu.”


pst : rindunya nak balik Jelapang...Uhuk..

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!