Saturday, July 30, 2011

..Selesai Sudah..

Hari ni, rasanya, dah selesai semua persiapan raya untuk famili. Persiapan baju raya lah..takde la pulak nak beli perabut or kereta baru untuk raya. Macam biasa, macam tahun-tahun lepas..1 tempat je aku tuju untuk baju budak-budak..Parkson Alamanda Putrajaya. Dan baju yang di target - bukan Poney, bukan GAP (ada ke?), bukan Osh Kosh ..semua pun bukan..semua tu mahal lah untuk budak-budak yang sedang cepat membesar. Macam biasa, aku tuju ke KIKO jek..senang untuk baju Dania..tangan panjang, macam-macam warna ada..semua bawah RM20. Untuk Danish yang tak pernah tukar size sejak 3 tahun lepas (aishhh..tu lah kurus sangat)..babah dia pilih..kalau babah pilih, tahu-tahu je la mcm mana harganya..pasti berjimat cermat..hek hek hek. OK..alhamdulillah..settle dah baju budak-budak. Baju babah..kena paksa gak beli baju baru..tu pun 2 helai je dia nak...adeh. Payah kan lelaki ni? Aku? Tak beli apa-apa pun. Tak mahu lah..biasanya aku beli kat Parkson Ipoh dekat-dekat nak raya nanti. Lagipun, baju yang aku beli kat Surabaya, ada lagi 3-4 helai tak terpakai-pakai.

baju Dania- satu jenama..satu fesyen..just lain-lain warna..hehehe..
Namun dalam sibuk-sibuk nak Puasa dan kemudian Raya ni, agak dukacita, aku tak berjaya selesaikan sehari lagi puasa ganti aku..huhuhu. Tak leh jadi ni..kali ni, lepas Raya ni, kena paksa diri sendiri ganti puasa cepat-cepat. Bak kata kawan aku si Kenet - 'Kak zai..setahun ada berapa bulan?' ..hahaaha. Ye lah..ye lah..sedar salah diri sendiri. Kali ni, ramai yang nak jadi reminder supaya aku ganti puasa awal..huhuu...Terima kasih..jom sama-sama ingat mengingatkan..

Apa persiapan puasa? Masak..masak dan masak..tak mahu makan luar..tak mahu pasar Ramadhan (jarang pun g sana) dan target lauk pauk just yang ringan-ringan..tidak berlemak. Ada orang tengah diet nak kempiskan perut lah..semoga berjaya..tapi tak yah lah nak lawan perut Za..ngeee...Aku tak sabar nak tunggu Isnin ni, 1st Puasa..aku tak sabar nak ajar Dania puasa..nak tengok gelagat dia..sangat teruja..semoga dia berjaya..amin..


Renungan :


No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!