Saturday, July 16, 2011

..Salam Nisfu Syaaban..

Hari ini 16 Julai 2011 / 14 Syaaban 1432 dan Nisfu Syaaban akan menjelma :

Daripada sayyidah Aisyah berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya

Banyak keberkatan Nisfu Syaaban ni kan? Di kesempatan ini, aku memohon maaf kepada yang mengenali secara langsung atau tidak jika ada salah dan silap.
Kepada yang rajin membaca, klik sini :
Kelebihan Malam Nisfu Syaaban yang di petik dari akuislam.com. Semoga kita sama-sama dapat keberkatannya. Amin.


Zidna Ilma - nama watak yang sungguh indah..sedap kan nama ni?
Baru selesai khatam buku ni lepas sahur tadi. Mula meminati buku Habiburrahman El Shiraz selepas membaca novel Bumi Cinta. Aku ada beberapa buah lagi buku beliau yang entah tak ingat tajuk. Em..Ketika Cinta Bertasbih antara yang aku ingat dan dah tengok pun movienya. Kenapa eh suka buku-buku macam ni? Mungkin kerana beliau sering mengambarkan 'manusia pasti membuat silap, namun kesilapan bukan hukuman untuk tidak boleh hidup aman di bumi Allah..pintu taubat itu ada dan sejahat-jahat manusia, jika memohon ampun dariNya..kita semua adalah sama'. Ini rumusan aku sendiri lah. Cara beliau mengambarkan suasana boleh di bayangkan terus dalam kepala..dan pastinya, isi novel penuh dengan santapan rohani - bukan kisah jiwang yang melewang-lewang. Now tengah gigih menyambung baca : Cinta Tiga Segi AoTeAroa..kisah legasi Anak Felda Keratong. Ianya sebuah buku Travelog. Aku sendiri perasan, aku lebih suka membaca kisah realiti kehidupan daripada kisah angan-angan. Kalau TV, aku lagi suka realiti show (walaupun tak berapa nak realiti lah) .. emm..lagipun, aku bukan kaki TV pun...ngeee..


Renungan :
'Ilmu tidak sekadar dari buku dan bilik darjah tetapi dari pergaulan,aktiviti sukan dan masyarakat.'
- Mohd Fudzail Mohd Nor

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!