Friday, July 29, 2011

..Geng Netty at Wong Solo..

Hari ini Jumaat - hari terakhir kat opis sebelum Bulan Ramadhan menjelma. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..semoga Bulan Puasa kali lebih baik daripada yang lepas..and cari lah malam LailatulQadar, semoga kita semua dapat keberkatan bulan yang lebih baik daripada seribu bulan (apa aku merepek ni?).

Nasi Ayam Penyet Goreng..pada aku..biasa2 aje..
Happy Time..kecoh itu kedai..jumpa korang balik lepas raya okeh..
Sandwich Telur Rahsia Awe..sedap and sungguh kasi kenyang..

Tadi, lunch time..geng-geng Netty lunch bersama-sama kat Wong Solo Bangi. Makan apa? Makan ayam penyek. Ada gak la 2-3 orang yang tak dapat join sebab ada hal masing-masing. Takpe, nanti kita sambut Raya Aidilfitri sama-sama ya. Ni 1st time aku g Wong Solo untuk makan Ayam Penyet yang menjadi sebutan ramai. Kawan dah order kan siap-siap..so sampai, terus Ngap. Huhuhu..tipu lah. Aku tenung lama gak nasi tu..huhuhu. Ni jek? Takde kuah? Hua hua hua..terus terbantut selera. Hee..sorry, aku ni makan memang kena ada kuah..sup kosong pun okek. Tapi tak nak la banyak songeh kan..ada la sambal secubit dua untuk di gaul dengan nasi. Omang aiiii..gila pedas sambal..alhamdulillah..habis gak aku makan. Lapar kah? Ye la kot..hak hak hak..and sampai je opis..terus berlari ke tandas..abis semua kuar balik..kui kui kui..apa daaa..and tadi gak, our mate - Awe - buatkan sandwich special resepi dia..sedap and kalau tengok rupa sandwich tu..anda kena lah seorang yang rajin OK? Aku? Makan boleh...buat? lain tahun..hahahha..

Semprit ini sangat sedap - Percayalah..
Korang dah order kuih raya? Hahaha..aku dah order..tapi order makan sebelum puasa. 1 balang biskut gajus telah licin di rumah..and now, ada sebalang la semprit order dari Kenet..ada kat Opis..sangat  la menyelerakan..nak? order sendiri.. ;)

Renungan :
Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.


No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!