Thursday, July 14, 2011

..Mari Belajar dari KeSiLaPaN..

Terduduk kepenatan kejap malam ni. Ni la bahananya, kalau puasa, nak melompat-lompat juga kat padang. Hari ni cuba main GD dan berlari, melompat dan berjimba adalah PeNaT GiLa. Padan Muka! Balik dari netball, jam dah 7.25 pm. Alamak..dah nak berbuka. GiLa Tak? Berbuka pun hanya lah segelas air sejuk dan 2 biji kurma. Mengigil lah juga sebab takde tenaga. Lepas maghrib, terus ke Alamanda - Chicken Rice Shop. Lambat pula hidangan sampai, maka 8.40 pm, baru aku dapat makan betul-betul. Lepas makan, Abe ajak p MPH - cari buku. Tapi aku dah tak tahan sejuk..sejak puasa ni, memang senang betul badan terasa sejuk..so, aku ajak anak-anak pusing Alamanda..at least bergerak kan? Takde la sejuk sangat. Balik dari Alamanda..basuh baju, masak nasi untuk sahur, kemas dapur, Iron Baju and now..memang tangkap lentok je lah..tapi belum nak tidur. Nak rehat kejap depan TV layan Australia Master Chef.
- so apa yang perlu kita belajar ? Sila Ganti Puasa sebelum tika dan waktunya..kan dah terkejar-kejar. Esok ada netball friendly..kan dah tak leh main? Hek hek hek..

Selamat Malam Sayang - ketika kepenatan, tidur tanpa gangguan adalah menyeronokkan.


'Wahai anak2 Hj Abd Rahim busy sangatkah?'
-5.35 pm : MAK.
Jeng jeng jeng..apa perasaan kalau dapat SMS mcm ni dari emak? Kalau aku yang dulu..memang dah meletup lah..tapi now, diam dulu. Em. Hari ni Hari Jadi Mak..Tak ingat? Tipu lah kalau tak ingat kan? Baru last week aku beritahu anak-anak, minggu ni Birthday Maktok..cuma ari ni, lupa nak wish. Dapat SMS macam tu, kalau terus call, jawapannya - memang perang mulut lah. Mak dah makin senang terasa now ni, so aku decide..amik Danish and Dania, biar cucu-cucu maktok je yang pujuk. Dania call maktok, loud speaker ..so aku dengarkan je la Mak luah rasa kat cucu-cucu dia. Dania lagi sedap 'Ibu tak ingat Birthday Maktok ke? Bukan Ibu anak maktok?' ...hahhah..siot la punya soalan. Mak mula lah merepek-repek..tak ingat dia la..anak mak ke? Aishh..aku dengarkan jek..Sebenarnya, kalau nak ikut sejarah, mak abah tak pernah ajar kami semua sambut birthday..bukan budaya kita orang. MAKA sebab tu lah aku rasa, sangat susah nak ingat DOB yang baru 3-4 tahun nak mula di raikan. Bukan nak salah mak abah salah asuhan, tapi, benda bukan amalan..mcm ni lah jadinya. Bila semua dah reda tadi, aku sms mak dan esok baru call..biar mak sejuk dulu..
- so, belajar dari pengalaman - Sebab tu, aku dah ajar anak-anak menghargai ibu bapa dengan kata-kata, pelukan dan ciuman. Kalau sayang, ckp sayang..kalau rindu..beritahu rindu. Tak pe lah kan..memang cara orang dulu-dulu, birthday tu takde apa-apa. Lagipun mak abah dah makin berusia..memang nak kena jaga tingkah laku dan kata-kata. Ya Allah, semoga aku tak jadi anak yang menyakiti hati mereka. Amin.Next week, 21st July, Birthday Abah pula..kena set reminder kat enpon ni..tak mahu lagi ada yang terluka.

Dan pasai kerja, bos dah panggil aku jumpa dia and decision dah ada. Cuma, aku malas nak cakap lebih-lebih and meroyan macam ari tu - takde faedah la. So, kita tunggu bos sendiri cerita pasai my new JD and when she said 'Pls Zai, zip your mouth'..maka, aku pilih utk DIAM je lah. Kalau aku melalak pun..takde apa yang berubah kecuali, aku blah dari opis. Tu jalan paling besh...Amin.
- Nak belajar apa dari sini? Ada..ada..tapi tak leh tulis..biar kan aku jadikan pengajaran sendiri.

Ok ..dah la kot. Banyak lagi lesson dalam hidup..tapi yang ni aku taip untuk apa yang jadi 1-2 hari ni. And now, terasa sungguh semput. Esok terasa nak join game..tapi tak tahu la apa jadi kat badan ni. Kita tengok keadaan sok mcm mana..sebenarnya, gian ni..ho ho ho..


Renungan :
'Belajarlah menghargai jika mahu di hargai, belajarlah menghormati jika mahu di hormati dan belajar lah menyayangi jika sentiasa ingin di sayangi'




No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!