Thursday, May 02, 2013

.. Snow White and Belle ..

Cak! Selamat datang Jumaat..yay!

Aik..tak abish cite Disney lagi? Tak kira lah kan...daripada buka je fb...tak abis2 ngn politik..LOYA! Rasa nyesal lak register tahun ni..tak senang nak wat decision bg aku lah. Aku takde masalah dengan PAS kalau parti ni tak bergabung ngn DAP ... and aku ada masalah besar gak bila PAS gabung ngn PKR. Aku tak pernah perdulik pun siapa DSAI tu..sbb selagi kita bernama 'manusia'.. takde apa yang mustahil. Skandal? Liwat? Benda ni macam dah terbiasa dengar masa dok asrama dulu..so..siapa pun DSAI..hanya Allah yang tahu. And apa saja DSNTR buat..pun Allah yang tahu. Siapa yang aku undi nanti pun...hanya DIA yg tahu wpun aku tahu..SPR pun tahu..ada ni siri kot .. lantak!
Cakap macam orang buta politik and tak panjang akal kan? Hahaha..biarkan..sebab aku malas nak ulas..takde keroje!


Gambar ini..KHAS utk tunjuk my HAPPY FACES dpt sembang ngn PRINCESS BELLE and SNOW WHITE. hahahha..padahal bukan princess betul pun. What ever.. aku memang suka. Cantikknya and lembut sangat dia org ni bertutur. Nak jadi cerita...tengah2 baris nak amik pic..tiba2 hujan turun sangatt lebat. Tapi sebab turn dah nak sampai..ku gagahkan jua. Dania dah bising..and Danish lak membebel..bukan betul pun ibu ni.. hahaa..ibu tak kira. Sebab kat Disney Paris..takde PRINCESS.

Lama gak kita orang sembang. Sampai ke telinga aku sengeh dan tiba2 aku pun jadi lemah lembut masa bercakap. Oh magik ni. Hahaha. Ye la kan..kalau orang berbudi..kita kena lah berbahasa...betul? Kan bahasa jiwa bangsa.. hiks. Aku bg tau mereka 'today is my birthday..can u pls write something for me?' .. maka makin panjang la sembang kita orang. Lagipun dah tak ramai Q belakang aku. Ada 2 orang je lagi kot.


Sebelum aku..Dania amik gambar dulu. Mula2 Dania dh taknak sebab dia dah basah kuyup..tp bila princess panggil gak dia..dia pun g lah.


Dan yang ni..Princess panggil Mr.Abe masuk sekali bergambar. Tengok la photog aku. Basah kuyup nak layankan isteri dia yang nak gak amik pic wpun hujan lebat gila. Heee... ye lah kan..birthday galz..sila layan mcm puteri la juga...kuikuikui..

Em..ok. Hari ni dah 2 May. Maknaya dah 2 hari Allah panjangkan usia aku. Alhamdulillah. Tahun ni..aku tukar style..biasa EMAK yang wish aku...kali ni..aku yang wish emak on my birthday. Aku hantar sms je la sebab jauh.. terima kasih emak sebab lahirkan Za ke dunia ni.. but I wrote in english la... dlm BM ..skema bebeno bunyi nya..ye dok?


Ini aku di awal pagi 30 April 2013. No filter eh..hahha. Susah gak dah ada teknologi ni..semua gambar akan di ckp edit. Takde apa yang berubah dan tak byk yang berubah aku rasa..hanya angka yang berubah. Alhamdulillah..masih sihat dan gembira. Lain2 urusan..kita serah padaNya. Emm.actually..aku sedih gak sbb ada jugak kwn2 lama yang rapat, penah rapat and sgt rapat seperti biarkan jek birthday aku ni berlalu mcm tu jek. Faham tak maksud aku? Em..tak pe lah..saja nk luah sedikit rasa.. :)


Haa..yang ini..100% edited via #Perfect365 masa dlm kereta sebelum ke Hong Kong.

Ok la..kang lagi byk melalut. Ngee..

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!