Wednesday, May 22, 2013

.. Hadiah Hari Guru ..

Esok ada sambutan Hari Guru kat sekolah. Maka gigih la menghasilkan hadiah. Tak macam zaman aku dulu... biasa cikgu kelas dan cikgu kesayangan je dapat hadiah. Tapi anak2 aku..nak bagi semua cikgu hadiah. 1 kelas ada at least 10 orang guru..so ada 2 orang anak adalah 20 orang guru..ayoyo. Bukan nak berkira atau kedekut..kalau hadiah paling murah pun..katakan mug..rm10 sebijik..kan?


Jadinya..hasil mempunyai ibu yang kretip.. ibu beli :
1. Keychain couple : 1 pack = 2 buah keychain | rm4.90 ( unpack keychain ni. Each for 1 cikgu)
2. Beli pen merah | rm1.00
3. Beli sampul warna warni : 1 pack = 20 keping |rm2:00
4. Beli sticker | rm2.50

Taraaaa...hasilnya seperti di atas. Sila buat calculation sendiri. Tapi agak sedih tengok hasil seni anak2..hadoii.


Ni masing2 gigih siapkan hadiah. Dania mcm biasa..byk merungut. Layankan jek. Ibu jadi tukang kopek tanda harga.

Hadiah..tak kisah mahai atau murah..yang penting ikhlas dan kalau ada sentimental value pada penerima lagi best. Dapat hadiah secara suprise lagi HAPPY! Tapi kalau nak hadiah terpaksa merayu2...hati batu pun ada perasaan sedih ..kan? Nak2 kalau macam nak bagi harapan..tny nak apa..tapi sebenarnya..saja2 je nak tanya.. langsung lah buat jadi rasa 'bongok' nya kena main.

Aku antara orang yang suka bg hadiah terutama pada orang2 yang ada dalam hati aku. Kadang2, kalau mereka2 ni hint jek..aku kalau boleh sedaya upaya nak tunaikan.Kenapa? Hadiah buat orang gembira..buat org rasa kasih sayang dari kita. Dapat 2 pahala, iaitu pahala sedekah dan pahala gembirkan orang. Tapi style aku..bila tangan kanan memberi..biar tangan kiri tak tahu.. terasa tenang bila memberi. Kalau stress pun...aku akan buat benda2 ni..

Aku now ni sedang cuba menghadiahkan sesuatu pada diri aku...apa dia? Aku sedang berusaha untuk dapatkan sebuah ketenangan dengan keadaan sekeliling. Air yang keruh siapa kata tak boleh di jernihkan ,kan? Tak perlu lebih2..aku cuma mahu hadir dan kehadiran aku di terima. Aku juga tak mahu terlalu mendesak sebab manusia ada cara dan pegangan masing2..terutama yang kata hidupnya 'happy jek sepanjang masa' dan ada rasa 'tak best' dengan aku. Penat lah aku ... Kalau orang lain ada prinsip hidup..aku pun ada pendirian. Semoga aku mendapat HADIAH yang 1 ni... Amin.

Ok..papai! ♥
posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!