Friday, May 17, 2013

.. Lega | Peace Yo! ..

Cak! Hisk...apa ni blog sedih2 ni..haishh.. uwekk.. hahahah

Jangan la marah..mcm ni lah aku yang bernama Liza. Aku sedih, aku luah kat sini. And style aku lagi, kalau ada benda yang aku rasa tak kena BERKAITAN diri aku, aku akan tanya and kalau ada yang tak kena, explain to me and kalau aku salah..aku adalah manusia yang tak takut untuk minta maaf. Aku juga jenis luah dan explain kalau aku rasa, apa yang aku buat tu betul or tak kena..lepas tu, ok..I'm done. Minta maaf pun dah...kalau masih nak fikir aku ni entah apa2..aku tak boleh nak paksa untuk suka or baik dengan aku. Seminggu aku menjeruk rasa dan sakit jiwa. And aku dah berkali2 minta maaf and nampak makin teruk jadinya. OK ..aku dah takde daya. Aku serahkan pada DIA. Orang tak nak kawan? Orang nak terus mengata..orang dah tak perduli...alhamdulillah. Lagipun..aku dah lama tak punya ramai kawan tapi aku ada KELUARGA. Happy Famili..syukur sangat2. Tak lupa juga..pada few kawan yang masih mahu mendengar dan menasihati. TQ Allah... Now..assume je lah aku tengah kutip pahala..and aku tak tahu apa yang terus terjadi kat tempat 'itu' dah.  


Peace Yo! 

Tapi, ada gak benda yang aku ralat..tatkala aku down and ada few problem, aku telah buat keputusan untuk tarik diri dari Game Netball Pelitawanis Jun nanti. Yes! aku dah buat kerja GILA hanya kerana jiwa yang kacau. Netball is a team..kalau aku sendiri rasa aku tak boleh nak bagi commitment and tak boleh nak positive..aku yang patut tarik diri. Tak baik susah kan orang..nanti jadi bahan kata lagi. Apapun, alhamdulillah, new team has been setup. Boleh tahan gak nama2 dalam team ni..Good luck ya guys. Bagi menang tau! I Love netball forever and ever.. Apapun, aku lega..aku dah explain sebab sebenar aku tak join selain dr benda2 merepek2. Ini jalan yang aku pilih...terima lah ya! Aku dah kalah dengan diri aku sendiri. Ini satu keputusan yang paling BODOH yang penah aku buat untuk benda yang aku sangat2 suka..hahha.padan muka. 


Jom minum air mineral untuk kesegaran JIWA .. ;b


Ini adalah gambar merepek sorang2 masa jaga Online CP tadi. Masa tengah duduk2 mengadap lappy.sekali pandang belakang..EH! Blue skrin...apa lagi..kemhow lah..kuikuikui. Alhamdulillah aku bangun dengan perasaan lega pagi ni. Tidur pun dah lena. So, pagi ini, muka ada seri sket. Hahahaaha. Aku dah 35 tahun..dah penat nak kena fikir benda2 keliling yang entah tah apa2. Esok dan lusa adalah hari kerja..New Student Registration. Lepas tu direct seminggu sibuk lagi seminggu untuk event budak2 baru ni..lepas tu Sabtu dan Ahad kerja lagi. Aku tak pasti pilih Sabtu atau Ahad untuk check In apartment nanti.. Biasa aku amik hari Ahad. Lepas tu direct 2 minggu oustation..mana? Kolej of IT je..ahaks.

Semalam g Klinik Pakar An-Nur untuk appointment berkhatan Danish. And for the 1st time..aku tengok orang berkhatan...eh salah. Video orang berkhatan..Hohoho..teruja. Mr.Abe dan Danish dah tak leh nak tengok..aku lak siap tongkat dagu menonton secara kyusuk..hahahaha. Ye la..1st time maa..Wow! mcm tu rupanyaa..hahahaha. Nampak mcm sakit..tapi ada bius..tak aci lah..maknanya..takde sakit yang boleh lawan sakit bersalin selain drpd sakit nak mati. Yang kelakar..pucat lesi muka Danish mula2 tengok. Hahahaha.. come on la anak ibu..tak macho la mcm ni. Danish akan berkhatan on Wesak day nanti.

Aku ni kan..sebenarnya kena ajar diri sendiri..jangan terlalu bergantung pada orang untuk gembira. Maksud aku..buat je apa benda yang aku suka..cuma..yang buat aku terseksa...aku minat outdoor aktiviti and games. Mana ada benda ni semua orang buat sorang2 kan? Even main guli pun kena ada kawan apatah lagi nak main congkak. Ngee...Now ni, nak berpeluh..terpaksa lah aku pilih running. Lari sorang2..janji peluh and jantung sihat..jadi lah. And lagi satu..aku kena belajar untuk tak terlalu mudah menyayangi.parah kan diri sendiri.

Eh eh..ngantuk la pulak. OK la. Doakan aku yang baik2 ya. 

Papai! Luv.. 



No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!