Friday, September 30, 2011

..Hari Ini is Today..

Mc D tanpa Kopi adalah sangat..grrrrr...
Mulakan pagi ini dengan sarapan pagi bersama Mc D..eh, tipu2. Idak lah pagi sangat, dekat kul 9 tadi kuar sarapan. Mengidam nak sarap Mc D and thanks kepada yang terpaksa langgar niat nak berpantang Mc D kerana sudi nak temankan. TAPI sarapan pagi Mc D hari ini agak pelik sebab tak order air kopi yang lazat itu. Cuba mengikut nasihat doktor - JANGAN amik kafein awal pagi dan rerupanya sarapan Mc D set no 2 aku dah naik harga dari RM7.45 ke RM8.40. Aje gila! Tukar air milo ais, terus jadi RM8.95. Aishh..ini tidak boleh jadi..

Jam 10.30 pagi, mohon permission dari bos untuk melawat kawan yang baru operation di HUKM. Gambar ada, tapi tak mau la load. Suspect kanser dan dia baru operation buat something like ketumbuhan dalam perut. Emm..nampak seperti telah detect awal tapi benda dlm perut tu dah besar and seberat 6kg. Bayangkan? Sebenarnya, aku sangat2 pelik..baru2 ni, kawan sekelas masa belajar aku meninggal dunia kerana kanser otak tahap ke 4 dan mengikut cerita, arwah selalu buat checkup masa sakit tetapi doktor just cakap sakit biasa..tetapi bila detect? Arwah dah tunggu masa jek. Sama juga dengan auntie aku yang mengidap kanser paru2 now ni. Salah siapa sebenarnya kan? Bukan tak buat checkup..buat, but doktor yang cakap OK. How? Aku sendiri, dah berkali-kali checkup dan semua pakar aku dah pergi..semuanya kata aku OK..apa lagi yang aku nak buat untuk hilang sesak dada aku ni? Apapun, doa aku, semoga - aku,suami, emak abah, adik2 beradik, anak2 dan semua2 insan yang aku sayang sentiasa di beri kesihatan yang sempurna dari Allah. Dan kepada kawan yang sedang sakit..semoga cepat sembuh.

Thanks Nuui for the CD.
Lunch tadi adalah di Jusco Balakong memakan sizzling mee kuning asli bersama telur..eh salah, bersama Cik Anne. And dia salah tengok kalender..sbb ari ni 30 September, bukan 30 April..dia belikan aku hadiah hari jadi 2011. Hahaaha..wat lawak je. Thanks ya for CT's English Album. Komen pasai CD tu..lagu dia aku leh je layan, tapi aku tak leh blah dengan cover Album tu..so outdated. Why meh? Bukan si Adib anak Dato K tu budak muda ke..tak kan taste dia pun out? Apapun..semoga Album ni sukses..nak cuba tembus Australia eh? Good Luck ..
Ada lak orang main bola..belasah jek..
Since semalam aku dah flat 1 hari 1 malam dan tak dapat nak berjimba dengan geng Netty..aku decide nak berpeluh hari ni. Tak tahan la lemau badan sebab dah terlebih tidur semalam. Kebetulan Abe balik sebelum 6.30 PM, kita orang turun 1 famili ke stadium. Aku dah set, at least dapat 3 round and alhamdulillah tadi dapat 5 round lari 2 round jalan. Ok la tu sebab dah lama tak lari2 macam tu. TAPI best lagi main netball. Jog ni tak sebanjir and sebasah main netty lah.

Sebenarnya, aku rindu sangat nak naik Gunung Kinabalu lagi. Ada kawan aku baru naik baru-baru ni. Papan tanda Low's peak dah bertukar tau..dah jadi warna coklat. Seronok tgk gambar-gambar dia kat sana. Terimbau kenangan..dan terbayang kecantikkan alam terutama kat puncak. Emm..berangan je laah kan??

Take care semua...Tata!



1 comment:

Anonymous said...

sama-sama.

-.-







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!