Friday, September 09, 2011

..Sebelum dan Selepas..

Baru-baru ni, masa aku dengar radio Ikim, tapi tak ingat segmen apa, ustaz tu ada cakap 'Kalau kita tengok iklan-iklan ubat kurus sekarang ni, masa gemuk, elok je bertutup litup..bila dah slim, abis semua di tayang'. Secara automatik, aku pun terfikir jugak. Tak ingat bila and dengan siapa..pernah aku duduk bersembang dan kata 'dia' - 'Saya ni, kalau dapat badan macam zai, nak juga pakai mcm Zai..tapi badan dah macam ni, malu lah..Pakai macam ni, tutup le semua yang lebih-lebih ni'. Dia berjubah dan bertudung labuh. Huhuu..aku hanya berharap, dia cakap sekadar bercakap atau memberi nasihat pada aku dan bukan untuk diri dia sendiri. Ye lah kan..dah cantik bertutup litup tapi kalau tak betul niatnya..kan sia-sia jek.

Bercakap pasai pakaian..memang betul juga ustaz tu cakap. Kalau tengok sekeliling..dulu, yang berisi, pakai tutup sana tutup sini..tapi bila dah OK sikit badan tu..terus bertukar dan posing pun dah ala-ala 'pandang lah lihat lah..tiru mcm saya'. Ada orang kata, pakaian tu cermin diri and peribadi. Aku sokong 50% jek. Sebab kalau nak tengok diri sendiri..pakaian aku tak cerminkan apa-apa pun dengan keperibadian aku. Kadang-kadang nak cepat, aku pakai je apa-apa yang sempat dan kadang-kadang rasa nak selamat..aku pakai yang elok dan sesedap mata memandang dan tak kena umpat. Pernah gak kawan opis tegur cara aku berpakaian..sendat dan singkat. Ngeee..aku sedar diri je..cuma bila malas, memang aku sarung je baju tak kira ketat atau sendat. Mak pun selalu marah ..ala, badan macam aku ni, takde apa pun yang nak di tayang kat penduduk setempat.
Cantik, simple dan sopan kan pakai macam ni.. :)
Kalau ikut hati kan..tapi lom berani nak bertransformasi. Aku paling suka tengok minah-minah arab. Berjubah hitam tak ketat dan hijab cantik just main lipat-lipat. Kagum lah! Setakat kagum lah kan..nak buat? Heee..orang kata gila lak nanti. Apapun, setakat ni, aku rasa, dengan badan kurus kering mcm ni..takde apa pun yang aku pakai akan nampak seksi.
Dan aku menaip entry ini sekadar ingatan untuk diri sendiri..tiada kena mengena dengan yang idup atau pun yang mati...dan aku semput and ngantuk sangat now ni. Tak kan nak p bermimpi lak time nak maghrib ni.

Ya Allah..jangan lah kau biarkan hati aku mati......




No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!