Wednesday, September 07, 2011

..Jom Jadi Mat Jenin..

Alamak! agak-agak terkena dengan batang hidung sendiri tak? ;b
Pagi tadi, masa hantar anak-anak ke sekolah, mcm biasa, aku layan Motivasi Pagi kat Ikim.fm. Pagi ni bercakap tentang dendam positif. Kisah benar di Arab Saudi. Seorang pekerja bawahan yang bertukar menjadi CEO selepas tangannya di tepis orang atasan berbangsa Amerika untuk menikmati secangkir air ketika penat berkerja. Hanya kerana dia orang bawahan, dia tidak layak untuk meneguk walaupun secawan air. Dendam tercipta.. dia berusaha membalas dendam dengan memajuki diri. Melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat tertinggi dan akhirnya, beliau berjaya menakluki syarikat sama dan menjadi orang tertinggi kepada yang tertinggi yang pernah menahan dia dari membasahi tekak suatu ketika dulu sehingga orang itu tertunduk dan merendah diri dengan apa yang berlaku dan memohon supaya beliau tidak membalasnya semula. Dengan senyuman, beliau menyatakan 'Aku yang harus berterima kasih kepada kamu kerana tindakan kamu membuatkan aku di sini'. Dendam yang membawa kejayaan. Related kan kisah dengan diri sendiri. Aku? Apa yang jadi pada aku sejak kebelakangan ni, buat aku terfikir juga berkali-kali. Di katakan tak punya apa-apa dalam unit ni..buat aku terpukul and hampir rebah ke bumi. Namun..aku cuba telus . Mungkin Ya..mungkin Tidak. Dan sekarang, aku cuba mencari sesuatu yang aku boleh buat ..bukan untuk tunjukkan siapa aku..tapi hanya untuk beritahu diri sendiri - Aku masih sesuatu. Now, aku masih menunggu jawapan keluar dari semua benda yang dah menghenyakkan akal fikiran aku. Aku tak berdendam dan aku tahu kemampuan aku. Tak mungkin aku nak melawan hingga aku boleh duduk lagi tinggi dari bos2 ya ada. Sebab itu bukan cita-cita aku. Pangkat bukan untuk di banggakan..pangkat adalah satu beban yang akan di pikul dan di hisab di sana nanti.Aku tak mampu and tak mahu menyusahkan diri. Aku mungkin boleh jadi mat jenin..tapi aku lebih suka tak mahu penin-penin.


Kalau takde kereta mcm depan rumah tu..jgn berangan Okek! LoL..
Setiap hari, bila menghantar dan mengambil anak-anak balik dari sekolah di Sungal Ramal Dalam, setiap kali itu lah juga mata ni tak lepas daripada memandang rumah (mcm dlm gambar) ni di tepi jalan. Dalam pembinaan dan open for registration. Bila dah naik syok je melayan, angan-angan Mat Jenin pun menjelma. Berangan je lah kan. Dalam dok berangan, hint-hint gak kat Abe dan jari-jemari pun gigih mencari kat internet informasi. Sekali terjumpa..Hamekk! Terus jatuh dari pokok kelapa. Nak tahu berapa harga rumah ni? Semi D 36 x 80 = RM988K dan yang sebiji bergelar Bunglow adalah RM1.2M. Muahahaha..dah. Bangun..bangun! Stop menaip..stop berangan..buat kerja wei. Lusa dah kena mengadap bos for appraisal..sudah-sudah lah syok sendiri. Hahahha.. Go!

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!