Friday, September 23, 2011

..Perasaan yang TerP.A.P.A.R..

YEah, nak duduk update blog time opis hour ni kejap leh tak? Baru duduk pun selepas 5 hari berturut-turut berpusar-pusar kat lab jadi JAGA event (from my heart - sangat bosan dan sometimes buang masa - haha..tak salah kan terus terang..tak baik ckp belakang2..kan!) dan tadi baru abis meeting. Ada lagi 15 minit sebelum waktu kerja abish (*Yay - esok sabtu!).


Sebenarnya aku sangat teruja nak share cerita ni. Pagi tadi masa aku jaga event kat Admin, semasa duduk sarapan pagi (sarapan pagi aku sekarang adalah 15 minit saja OK!), sempat bergebang-gebang dengan rakan-rakan sekerja. 3 executives dan 3 technician. Terbuka cerita tentang bonus. Kata seorang mamat tech ni, yang juga sangat terkenal sebab mulut dia boleh tahan - kira memang takde insurans la mulut dia..tapi semua orang dah biasa dengan cara dia. Dia tanya aku, Coach yang aku jual tu Ori ke? Aku punya cakap YA dan aku tanya dia balik kenapa.

dia         : biasa kalau dapat Bonus, aku belikan isteri aku barang kemas..tapi tahun ni emas naik lagi..dah tak mampu la aku.
aku        : Berapa emas sekarang?
exec 1   : 1 gram RM202 rasanya.
dia        : Kalau dah mcm ni, aku bagi dia Rm1000 je lah.

Aku dah agak teruja dengan perbualan ni. Pada aku, dari riak wajah, tak de langsung mamat tu bercerita utk menunjuk-nunjuk. Just mcm aku baca blog orang lain yang suka cite pasai barang2 baru dia orang..aku just baca as - 'mereka ingin berkongsi kegembiraan'. Tak seronok ke baca or dengar cite orang-orang melayu kita dah makin maju..Nak apa? semua boleh dapat...tak macam dulu..kan? Itu aku lah..orang lain aku tak tahu dan sama juga dengan orang yang baca blog aku ni..aku tak tahu apa mereka fikir..kan?

Ok, balik pada cerita :

aku      : kalau nak order Coach, boleh la bagi model..nanti kita carikan.
dia       : tak boleh la sekarang, aku nak tengok bonus dulu.
Lagi sekali aku teruja. Bonus lom tentu ada, tapi dia dah ada cita-cita dan niat utk gembirakan hati isteri dia.

exec 2 : Wei..bini ko kasi ko apa lak?
dia      :  DIA BAGI AKU ANAK.

dan lepas tu, dia bercerita dengan nada gembira tentang anak dia. Perasaan seorang ayah dan seorang suami yang bahagia dan gembira dengan apa yang dia ada - JELAS terpapar wpun ayat-ayat dia sangat lah menyakitkan telinga. Aku senyum je pandang dia. Terasa gembira lak as seorang isteri bila suami gembira bercerita pada orang - dia sayang and perlukan isteri dia. Ni aku punya interpretasi lah..apa ada dalam hati dia..waallahualam. Kena positif kan?

Dan aku sendiri sekarang dah tak macam dulu KOT. Kalau dulu, aku sesedap rasa dan sesuka jari menaip bercakap perasaan aku pada suami - penuh dengan ayat2 CINTA yang mungkin ada orang nak muntah baca..now ni, aku lebih suka - DIAM - biar aku saja yang tahu (fobia sebenarnya). Cuma kalau aku paparkan gambar famili dan gambar aku dan abe..itu memang cara kami bergambar dari dulu - tak kira suka duka, bahagia or derita. It's real and bukan lakonan semata-mata. Dan juga..lepas apa-apa yang terjadi..MALU kot rasanya nak lebey-lebey lagi..huhuhu..Aku juga berharap, kalau kawan-kawan yang rasa perangai aku 'over'..tegur lah aku sebaik2nya..InsyaAllah aku OK..TAPI..just nak cakap - 'Bahasa Jiwa Bangsa..Orang Berbudi, Kita Berbahasa'.

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!