Sunday, September 04, 2011

..Melepak sambil menaip di mlm raya ke 5..

Hallu..esok 5hb September bersamaan Raya ke 5 dan juga turut membawa maksud - Sila lah bekerja. Lemau kan bila dah syok cuti lelama, sekali kena kerja. Mau tak mau..kena la juga bawak kaki ni pergi kerja. Esok lak kena mengadap Puan for KPI rating..belasah..aku dah tak kesah. Bagi la apa pun..alhamdulillah saja lah. Dan ..Hari ni dah ada kat umah. Bertolak seawal pagi untuk elak jam. Alhamdulillah jalan clear tadi. 2 jam lebih sket dah sampai and terus ke Jusco Equine.

Aku bukan nak pasai raya..tapi saja-saja nak update blog. Masa aku tengok balik gambar raya kat Penang..ni ada kepala otak aku. Jom layan (tak suka jgn baca ya..;b)



Bendera berkibar megah di rumah abah :)
Nak cite pasai baju raya ni. Ni nak p beraya ke Penang. Baju sulam ni aku beli kat Surabaya. Size S. Tapi, tengok la rupa aku dalam baju ini, mcm pakai baju pinjam kan? Aku nak pakai t-shirt je, ye lah, dah raya ke 5. Masa aku beli, memang dah terasa besar..tapi mbak2 sana bilang ..pakai longgar2 kan lagi lawa mbak. Sebab baju tu murah compare sini, aku pun rembat ..bukan 1 tapi 3 helai. Dan ini lah hasilnyaa.. macam orang tak cukup zat je. Hak hak hak.

Kereta putih itu bukan kereta aku...
Pakai shawl ala-ala CT. Memain, siap tengok Youtube nak pakai shawl ala-ala CT ni. Tapi rasanya tak berapa nak jadi. Dan rasanya, time2 mcm ni je lah kot aku nak pakai tudung menyusahkan diri mcm ni. Kalau nak p kerja ka..idak la teman. Tudung mcm ni kena ada peniti which is dah lama gila aku buang benda Allah tu..pastu kena pakai tudung inner tutup leher..double tudung la ni namanya. ahaks. Memang bebudak sekrang ni rajin lah. Kalau nak senang, sila cari kat youtube - Messy Shawl. Gila senang, takyah brooch or peniti okek..tp kena ada shawl panjangg...sila la cuba. ;)

Suruh Danish snap..malu2 dia..hahaha..kesian..
Memula, sila jangan gelak okek. Hahaha. Ni sesaja je aku menry spec ala-ala besar gini. Apa kata orang - 'Teringin'. Tapi bila aku pakai je, Danish dah geleng kepala. Bila aku tunjuk pic ni kat Abe..pun dia geleng kepala...aku tunjuk kat adik aku..dia cakap 'Mcm orang tua x jadi jek'..hahaha. Bengong.

Me and Abe..tengok budak belakang tu..sibuk jaa...

Me & anak2 and anak saudara kat QB Mall Penang

Abish dah cite...ESOK KERJA...yehhaaaaaa.... (uweeeeeeeeekk..x suka doh!!!)


2 comments:

MRS. AJ said...

Selamat hari raya Angah!

Liza Abd Rahim said...

selamat hari raya Usu..







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!