Wednesday, September 07, 2011

..Menaip sekadar mengisi ruang dan waktu..

Suara orang mengaji jelas kedengaran dari sini. Suara yang datang dari masjid yang tak sampai 1KM pun dari rumah. Suara yang berkemundang seawal pagi sebelum subuh menjengah Bumi. Sebulan lepas, Penang di gemparkan dengan isu - Haram Laungkan Azan. Kalau baca tajuk, memang semua pun bengang..tapi bila baca isi kandungan..OH, haram siarkan suara orang mengaji ke corong udara. Di sokong oleh Mufti Perlis dengan alasan, Islam tak kacau orang. Jika suara itu menganggu bukan saudara seislam..itu memang haram. Betul lah kan tu? Islam ni mudah..tapi orang kita yang suka buat ia nya susah. Bak kata seorang saudara baru  ' Aku bersyukur kerana di beri hidayah memeluk Islam sebelum mengenali umat Islam. Jika aku memeluk Islam kerana umat Islam, pasti aku akan menyesal. Aku bersyukur memeluk Islam kerana aku mengenali Islam melalui kalam-kalam Allah.' Faham? Aku faham...sapa-sapa tak faham. Cuba2 lah faham. Dan isu pasai laungkan ayat-ayat Quran ni turut terkena pada Abah yang menjaga dan mencorak Surau ArRahim di sebelah rumah. Surat layang di hantar sebagai bantahan Abah pasang suara orang mengaji seawal pagi..tapi agak malang, surat itu datangnya dari saudara Islam kita sendiri. Mungkin dia boleh bercakap baik2 sebagai umat Islam daripada baling batu sembunyi tangan..kan?

Seronok bermain dengan Photo Furnia..Drawing without Pencil.. :)

Aku blogger tegar dan aku juga suka blogwalking. Kadang-kdang terfikir, apa tujuan blog aku ni? Diri sendiri kadang-kadang lebih suka singgah dan lepak pada blog2 yang ada isi dan ada ilmu. Teringin juga nak jadi blogger berilmu daripada blogger merapu-rapu. Tapi ukur baju kat badan sendiri lah kan? Tak mampu rasanya nak menaip sesuatu yang perlukan fakta dan kajian supaya orang lain tak sesat di hujung jalan. Maka, Dari Papan Kekunci Liza akan terus memenuhi ruang alam maya dengan kisah-kisah merepek aku saja. Mungkin lain kali, aku boleh menulis di ruang lain tanpa mendedahkan identiti..lebih seronokkan? Takde lah nanti yang bersuara 'Eleh..diri sendiri tak betul, ada hati nak ajar anak ketam menari'. Hahhaa..spekulasi? Bukan...ini realiti hidup ini. Ada yang suka, ada yang benci. Aku pun suka dengki gak pada orang yang berjaya dalam hidup ini..nak-nak pada surirumah yang hidupnya di habiskan berbakti pada anak-anak dan suami. Korang tak dengki? Rugi... Hahahaha..

Miow..aummmm...

Cerita Kucing-kucing di Petknode yang mati baru-baru ni banyak buat kita semua sakit hati kan? Aku mulanya tak amik port sangat hal ni..tapi semalam, duduk melepak depan PC..jari jemari ni gigih pula mencari apa yang sebenarnya yang terjadi. Korang dah tahu? Kalau tak tahu, klik link ni, baca lah sendiri.
Pemilik Petknode Minta Maaf. Baca dulu, lepas tu baru boleh nak emo atau nak buat conclusi sendiri. Pandangan peribadi aku : Gila lah! Kalau tak mampu, jangan buat. 290 ekor kucing, kalau di gaulkan nasi 3-4 talam makan ramai-ramai pun, InsyaAllah mereka tak akan mati. Mana g duit yang owner bayar? Memang la murah..ulang sekali lagi..Jangan Buat Kalau Tak Mampu nak Jaga diri Sendiri Pun. Aku nak tuduh, dia orang ni tak jaga pun kucing2 tu. Aku nak tuduh juga, dia orang amik kesempatan je di musim perayaan. Ada kucing2 Persian yang hilang di bawah jagaan? WTtut! Dok dalam kandang pun leh hilang? Aku nak tuduh lagi...sure dia orang jual kucing2 gebu tu kan..gila wei kalau sekor pun dah RM1K. Huh! Emo ni.

Eh, dah kul 6 pagi. Semoga Puasa aku hari ni di berkati dan bukan sekadar menahan diri dari kelaparan. Kepada semua..jaga diri dan Selamat Hari Raya lagi..ada 23 hari lagi kan nak menyambut kemenangan selepas sebulan berpuasa. Ceriakan hidup kalian Semua...Go!!


No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!