Monday, September 05, 2011

..Penyangak PARIS..

Jam dah kul 11. Aku duduk mengadap PC ni..nak buat apa..nak buat apa. Kerja ada..tapi mode lom ada. Tadi p sarap kat Mc D dgn Nuui  (Nuui tgh merajuk ngn aku now..dia kata, dia tak nak kawan aku..sob sob sob..so aku dah takde kawan kat opis ni.. huuu..).
Bawak BJL Abe yang...emm..PANAS la. Keta ni macam nak kena let go jek..byk sangat perangai..Grrr..

Meh sini aku nak cite pengalaman yang aku rasa, tak leh lupa kot and infact, aku masih boleh bayangkan lagi muka Si Penyeluk Saku yang menyeluk Eu100 kita orang kat Rome ari tu. Masa bercuti ke Europe bulan 3 tahun ni, orang selalu ingat kan - Kat Paris hati-hati, banyak penyagak. Ni beberapa jenis penyangak kat Paris.


geng Gyspy Paris berpakain mcm ni..

1) Geng-geng Gipsi
- memakai skrit labuh, berselendang ikat di bawah dagu, membawa sehelai kertas A4 bertulis something like 'dia org terperangkap kat Paris and takde duit nak balik. Sedara mara dia orang masuk sepital'. Mula-mula dia orang akan tegur mcm ni 'Can U speak English?'. So baik korang buat bodoh je..cakap je lah 'Tak pandai' hahahaha.. Kalau korang peramah, korang akan di pau. How? tak tau sebab aku tak jawab YES. Sebab orang dah warning kan..

2) Geng-geng Black
- Islam rasanya coz dia orang akan tegur dia korang dengan Salam. Ni based on cerita Abe sebab masa kena tahan dengan mamat2 Black ni, memang nampak Abe cuak gila. Masa tu korang kena tunjuk brutal okek. Tapi kalau kena dgn dia orang..brutal mcm mana pun..tak lepas rasanya, ye lah kan..BLACK ma..besar wei dari kita. Biasanya geng ni akan offer Ikatan Cinta. Konon-konon nak tengok serasi ke tak kita ngn couple..atau how strong our loved. Dia orang akan ikat jari korang berdua dengan benang..tak tau la mana rupanya, nanti masa nak lepaskan ikatan tu, dia orang akan minta bayaran. Jeng Jeng jeng.agak2 bape lah korang nak kena pau kan? Masa dia orang tahan kami ari tu, Abe siap peluk backpack dia and menunjuk skill ganas dia sebab dia orang jenis nak menarik..aku? Ikut rapat Abe la..takut!

3) Geng Amik Gambar
- actually, tak tau la nak gelar penyagak ke apa dia orang ni. Maybe 'kerja' kot. Dia orang pakai costume orang sana. Mula-mula dia orang akan approch kita amik gambar for free..mcm-mcm la posing la..and jgn memain, dia orang ni setakat nak great kita 'Selamat Pagi' or 'Terima kasih' memang sesedap lidah jek. Nak-nak senang gila nak kenal Malaysian kalau dah bertudung mcm aku. Pastu, bila korang sudikan diri nak posing..siapkan la at least Eu10 which is equal to RM40+ utk hulur kat dia orang. Tak hulur? Jangan harap korang leh lepas kecuali korang boleh lari pecut at least mcm Watson Nyambek.

4) Geng Tukar duit/check duit
- Ni based cite sorang kawan yang juga terkena kat Paris. Dia orang kehabisan Euro. Turun dari Bas, ada orang sapa offer pertukaran duit..macam money changes la. Mungkin dah nak terkena kan..mana dah nak fikir logik ke tak, wang yang di tukar pada mulanya, memang wang, bila check balik ..duit di tengah-tengah adalah kertas kosong. Huaa..apa perasaan kalau kena mcm ni. And ada yang menyamar jadi polis to check your wallet (tah apa relevan polis check wallett tah) and lps tu, Euro korang akan berkurangan.




5) Penyeluk Saku - HAH! yang ni memang pengalaman sendiri. Dalam kita orang dok berjaga-jaga kat Paris..terkena gak kat Rome. Sebab selak sangat dengan Colleseum, rasanya ni terkena masa kali ke 3 kita orang nak p situ lagi.

Ini Kisah Aku dan Abe :
How terkena? Tapi ni kat ROME.
Dalam subway, berebut-rebut nak train. Sebenarnya, adalah pelik kalau tiba-tiba korang rasa, masa nak naik train tu, korang di tolak-tolak atau di asak-asak dr belakang kerana dia orang ni sebenarnya sangat behave masa nak naik train. Yeah, kalau dah rasa kena push and push..baik la korang check poket and bag. Sebab kerja push2 ni adalah kerja penyeluk saku. Masa aku dan abe di tolak2 ke dalam train..kami di ikut rapat oleh seorang budak perempuan Gipsy. Bau dia busuk OK. Rambut dia tak terurus. Dia pakai baju sejuk warna Purple and rambut dia ada kutu. Dia berdiri betul2 depan aku and cuba berinteraksi dgn aku. Tiba-tiba handbang aku dah terbuka. Berderau darah aku. Passport..passport..tu jek yang aku takut hilang. Takut tak leh pulang..huaa..Alhamdulillah, semua barang ada. Tapi..aku sangat pasti, aku dah zip handbag aku. Dan masa yang sama, dia dok push2 Abe. Bila kerja dia selesai..dia bercakap dengan aku bahasa yang aku tak faham..sambil tunjuk2 tangan dia takde apa-apa. Motif? Next station, train stop je, dia terus lari kuar. Masa tu baru Abe perasan, poket dia dah kena seluk..1 wallet kecik berisi kad kredit and Eu100 hilang. Ya Allah, berderau darah aku. Nak nangis pun ada. RM400 okek?? Tapi kalau korang kejar pun budak ni, korang tak kan dapat balik barang korang sebab aku rasa, ada orang lain dlm train yg dah standby utk take turn jaga barang yg di curi tu. Dia orang tak buat kerja sorang..Sedih gila masa tu. Cash dah la tak banyak and lucky, duit di simpan di merata-rata tempat di merata2 badan kami. Memang itu tips utk travel ya. Sampai now, muka budak tu..memang dlm kepala aku..JAHAT!!

Lepas ni, kalau ada rezeki kat sana lagi..mungkin terlalu banyak benda kena di 'siap'kan. Body wallet maybe kena beli. Jaket berzip. Tangan pastikan free, jgn pegang byk barang, sebab tu pakai bagpack adalah paling selamat. Kalau bawak anak-anak, mungkin anda mangsa seterusnya kerana terlalu banyak benda nak handle.
Me miss Amsterdam.. ;)
Mr Abe dah update travel blog kita orang kat : Bumi Itu Bulat..Kagumilah Ia.. Since dia yang paling banyak travel, cite pasai dia je lah banyak kot. Rajin kalu..visit and baca lah.. :)



Renungan :
Saya adalah amat-amat bangga menjadi Anak Malaysia. ;)


No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!