Thursday, September 22, 2011

..Apa ada pada Nama..

Apa ada pada nama? Kalau kita hanya orang biasa-biasa, nama hanya lah nama. Nama untuk di panggil seharian, nama untuk guna dalam urusan isi-isi borang dan apa2 aje2 lah yang hanya kita dan orang2 terdekat saja tahu siapa yang empunya nama itu.

Masa mula-mula cari nama anak..aku dan Mr. Abe dah decide - mesti ada makna dan mesti bukan start from A or Z. Why? Ngee..Sebab :

Nama Mr.Abe is starting from A di mana dia mengalami benda2 yang tak mahu anak rasa :
1. Kalau dalam kelas, nama ni akan duduk paling atas.
2. Kalau periksa, nama ini akan naik dulu.

Nama aku start from huruf Z. Dan aku memang tak mau anak2 aku mula dari Z sebab :
1. Kalau dalam kelas, nama ni akan duduk last sekali.
2. Kalau periksa, nama ni akan dok last sekali..daripada berdebar-debar let say nak ujian lisan..empunya nama ni akan jadi lemau dan lama-lama bosan. Dan masa ni, rasanya semua jwapan akan sampai dari celah pintu dan bila nak balik makan kat asrama - makanan dah abish. Oh tak suka.


Maka itu nama anak-anak bermula dari D dan kemudian H. OK la kot D kan? tak cepat sangat and tak lambat sangat. TAPI yang buat aku tak puas hati..nama aku ada 3 huruf Z..TAPI dalam nama anak-anak aku..satu Z pun tarak. Aishh..ni tak leh jadi. Rugi2..keh keh keh.

Nama aku saja ada 3 suku kata bersambung dan nama aku hanya 1 je dalam dunia ni. Percayalah! Nama yang berpangkal dengan ZAI - ni nama adik beradik aku. Lepas tu di sambung dengan ZU - ni nama mak aku dan kemudian di sedapkan lagi dengan RA - ni nama abah aku dan selepas itu nama aku di add dengan LIZA..yeah! ni je nama aku yang sebenarnya. Kalau korang call nak cakap dengan ZAI kat umah mak..maka akan ada soalan ZAI yang mana? Dan nama aku yang panjang ni jadi bahan kawan-kawan jugak lah. Dulu kawan-kawan panggil aku 'Zai susah nak eja'..bugdet-budget macam 'arnold schwarzenegger' lah..kui kui kui.

Dulu, masa sekolah dari kecik sampai ke form 1, kawan-kawan panggil aku Liza. Nak jadi cerita, masa masuk asrama..ada la kes yang buat aku sedih jek..last2 aku decide. 'Korang..mula hari ini, panggil aku ZAI..LIZA ni buat aku sedih jek'. Maka dari situ lah kawan-kawan mula panggil aku ZAI. Famili and saudara mara panggil aku LIZA dan tak pernah lagi aku di panggil ZURA..ewwww..aku pun tak mahu. So gegirl..bluweeekk..Tapi adik2 aku panggil aku AKAK lah ya..tak kan panggil nama pulok.

NANTI..KALAU ada rezeki, aku nak bubuh nama anak no 3 dengan hurup Z. Tak kira..nak jugak! TAPI entah bila..hak hak hak...

Danish pernah cakap 'Kenapa ibu tak letak Muhammad Danish? Kan dah lambat Danish nak masuk syurga..kena baris dulu belakang orang yang ada nama Muhammad' ..huhuhhu..

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!