Friday, September 30, 2011

..Dari Badan terus ke Hati..


Assalamualaikum. Em, baru nampak dunia secara terang hari ni..apa dah jadi semalam? Dek kerana tak tahan dengan masalah pernafasan aku yang semakin menjadi-jadi sesaknyaa, semalam, selepas sarapan pagi, aku terus drive ke Az Zahrah. Dengan menahan sakit dada, sakit perut dan terasa bekalan oksigen 50-50 je kuar masuk dlm badan, aku nekad je la drive. Nak minta tolong siapa lagi kan? Abe lak jauh sangat kat Klang nun..masa drive tu, air mata aku dah mencurah-curah ni..hehehe. Penah rasa sesak nafas? Sakit kan? Dah la takde parking..terus berdoa semoga Allah permudahkan. Kepala dah tioang2, kaki dah kebas dan dada tak henti berdebar. Masuk je klinik, terus aku cakap sambil air mata mencurah-curah ni :

'Dik, saya takde asma, takde lelah..tapi saya takleh bernafas ni'. Terus nurse tu call mana-mana doktor yang free and bagi aku masuk dulu. Em, dalam bilik doktor, aku tak henti2 nangis. Ngeee..apa yg sedih sangat tah..sebenarnya bukan sedih, tapi stress..kenapa la aku ni mcm ni. Nak kata tak sihat..Alhamdulillah. Aku xplain history pasai sakit aku tu ke doktor and terus dia cakap aku gastrik. EM..ye ke? Memang la antara simptom2 gastrik :

1. Dada berdebar
2. Kaki kebas
3. Kepala penin terasa nak pitam
4. Pedih perut

Tapi kenapa sekarang baru nak declare aku gastrik selepas bertahun-tahun aku alami benda ni kan? Doktor aku sarapan apa? Dengar je nescafe O setiap pagi, doktor bebel lagi..'tu semua kan bukan sunnah Nabi..' And dia minta aku stop nescafe for sarapan..boley kah? huhuu..Kalau nak minum juga..lepas jam 2. Doktor suh masuk air and ni la benda yang paling paling paling aku tak suka. Drip air dlam badan..dah la sorang2. Masa tu terasa bencinyaa..memang mcm ni la keadaan aku setiap kali masuk air..terasa mcm..nak marah, rasa badan lemah..rasa nak bergolek2..huhuhu. Masa ni terus terfikir. Kalau macam ni lah..tak sanggup la aku nak mengandung lagi. Tak kuat rasanya nak tempuh semua ni ..

Lepas hampir sejam drip air,aku dah boleh balik. Dengan keadaan mamai dan tak stabil dan mata asyik nak tutup jek, aku drive sendiri. Ya Allah, sesaknnya tahap mata. Kalau jadi apa2 tu..memang jumpa balik kat hospital je lah kan? Dan dalam masa yang sama, Abe pun tengah menuju balik..la,susah2 jek. Dia masakkan lunch and aku dapat MC and terus tido and tido and tido for one day. Bangun solat dan makan jek.

Malam mak call..terus kena bebel sebab drive sorang2.bla bla bla..huhuhuhu..

And now, badan aku masih sangat2 lemah ni.........emmm..

2 comments:

B.e.T said...

uhuhuu... zai.. take care...

Liza Abd Rahim said...

tq..insyaAllah sihat.. :)







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!