Sunday, October 02, 2011

..Duduk-duduk goyang kaki..

Selamat hari Ahad. Selamat kah? Tak selamat lah sebab lepas ahad is Isnin dan Isnin itu hari kerja. Best? Tak best kan? Mungkin best bagi sesetengah orang laah..mcm aku? Tengah cuba nak best kan diri. New task, new job and new style..tak banyak duduk dalam opis. Bulan ini bulan Konvo ..lagi lah. Memang opis jadi tempat letak barang je lah. Just aku tak tahu, how to tell my past project team yang aku dah tak buat sistem .. aku ke yg kena bagi tahu? Sebab aku masih di minta sambung coding untuk sistem..how? Tak pe la..lupa dulu pasai kerja...

Berangan ye adik? ;b
Hari ni MUNGKIN, aku nak lepak rumah jek. Semalam dah p meronda-ronda kat Alamanda. Cuba settle kan beberapa barang yang perlu dan ada lagi barang aku yang masih belum complete. Takpe, ada lagi sebulan setengah. Masa kat Alamanda semalam, lepas lunch kat Johnnys, beli travel bag for Danish and lepas tu aku mohon permisi ke Parkson and Abe bawak anak-anak ke Carefour. Berpecah? Hehee..aku lagi suka mcm ni..senang aku nak pilih barang..amik je ikut suka, takde sapa kacau and takde sapa nak marah. Dan semalam, aku telah membelanja diri aku sendiri membeli baju bajan..saja tak minta duit kat Abe sebab duit dia banyak nak guna untuk benda lain yang perlu settle semua by November. Seronok seh shopping sensorang. Kalau Hanis Zalikha tak reti nak jalan sensorang and kena ada BFF sebagai peneman..aku jenis tak kisah ..janji layan and pandai jaga diri. Mungkin orang yang lawa-lawa je kot tak leh jalan sensorang..takut orang ngorat. Aku? Belasah jek...untung gak jadi orang tak lawa ni..keh keh keh.

Cheetah Brand antara jenama yang banyak pilihan t-shirt tangan panjang dan labuh tutup montot.
Kalau nak tengok fesyen sekarang..ramai yang dah mula suka pakai baju labuh tutup montot kan? Kalau tengok fesyen2 dari Korea or China mahupun US or Eropah sekali pun..memang fesyen tutup montot ni dah jadi pilihan kan? Cuma yang tak berapa berkenan, kalau yang pakai tudung..pakai fesyen ni dengan legging. Sungguh tidak cantik! Aku sendiri...kadang-kadang nak beli baju,ada banyak gak dilemanya. Nak beli yang M, serius nampak macam baju pinjam..kalau pakai S, elok2 je ngn badan tapi still tak sedap dek pandang oleh sesetengah mata rasanya.

Kalau kasut, dah lama aku tak beli wedges. Kenapa? Entah!...Ada gak yang berkenan tapi yang ada pun masih elok lagi..kot! Lately aku suka rembat flat shoe kat Crocs. Ni la satu2nya brand yang aku boleh pakai kasut full cover tanpa sesakkan kaki aku yang tak berapa nak comel ni. Ada 2-3 pasang kasut flat jenama lain yang aku terpaksa buat pekasam dalam almari kasut sebab tak boleh nak pakai. Nak bagi sapa pun tak tau.. huhuhuhu. MUNGKIN letak je dlm plastik hitam and letak kat tepi tong sampah besar nanti..MUNGKIN cleaner boleh amik dan pakai.

Handbags? Pun dah lama tak beli. Aku baru je iklan nak let go bags yang ada. Nak? Jom visit : CuTThePrize. Ada yang di pinang dan ada lagi yang available. Dari dulu, aku lebih suka leather dari material lain. So kalau nak beli lagi..leather ni adalah tidak murah. Terbayang Gucci Sukey Convertible yang aku tengok kat Lafayatte Mall Paris bulan 3 hari tu. Em..terasa ingin merembat satu..tapi kureng2 RM2K. Uhuk..takpe, mari berangan dulu. ;)

And..hari masih panjang...nak buat apa ni eh?? emmm...

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!