Thursday, September 08, 2011

..Tiba-tiba..

Selepas solat Subuh tadi..tiba-tiba terasa tenang dan terasa nak senyum je. Tak tahu kenapa. Terasa ada suara berkata 'Apa la Zai..tak belajar dengan semua-semua yang terjadi.' Betul betul betul..aku belajar banyak benda pasai diri aku sendiri dan pasai manusia di keliling aku. Terasa pelik lak. Aku nampak semua kelemahan aku dan aku nampak juga manusia akan buat apa saja untuk selesai sesuatu perkara. Dan pagi tadi, walaupun anak dok ulang-ulang tabiat yang sama yang buat aku pening setiap pagi..tapi hari ni, telatah mereka menghiburkan aku pula rasanya. Gila apa? Ngeee..

I am Unwanted actually.. ;b
OK, hari ini akan menjadi hari yang sibuk untuk aku. Mulakan dengan meeting dan kemudian voice editing dan petang nanti ada testing. Berdoa semoga aku tak meroyan lagi hari ni dan semoga puasa aku berjaya hingga ke hujung waktu hari ini.

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!