Thursday, April 11, 2013

.. Khamis yang bosan ..

Hujan turun lagi petang ni. Nak run tak boleh..nak main netball apatah lagi. Jadinya...main je la enpon. Update blog walaupun takde cerita. Hari ini, duduk buat kerja diam2 dalam opis. Tak banyak bercakap. Ada benda yang agak melegakan bila aku bisa memaafkan selepas terluka. Fuyoo...ayat. kuikuikui..apapun..aku lega.


Dah 4 hari aku tak nampak terbit ceria di waktu pagi. Hari ini...matahari masih tersembunyi malu. Dapat snap ni jek. Emm.. dah start hujan balik.


Semalam masa lunch dengan Mr.Abe kat Mines..aku terlupa..rupanya aku belum beri dia apa2 hadiah hari jadi tempohari. Ayok! Kebetulan jam yang aku order untuk kedai aku dah sampai. Mr.Abe pun ada request jam ni hari tu.. so..ini lah hadiah untuk Mr.Abe.


New style. Try pakai shawl ala2 Siti Nurhaliza. Senang jek. Ni saja2 try masa balik waktu lunch td. Balik saja2..tak tidur pun. Since aku ni bukan jenis bergaya.. setakat ni..aku lom ada nafsu nak pakai macam ni g kerja wpun senang. But nive gak kan?


Apa ni? Apa? Hehhee..ni la kerja bila bosan. Sebenarnya..aku bukan saja2 suka nk snap and poyo2 mcm ni..sebenarnya..aku tgh teliti perubahan pada kulit. Alhamdulillah..aku happy dengan produk yg aku pakai. Dah hampir setahun setengah. Bukan whitening produk .Tq jugak pada Mr.Abe yg sponsor..aku nak bayar sendiri...memang la tak mampu.

Lemaunya badan dah lama tak exercise. Patutnya dah start training netball utk game pelitawanis nanti. Tapi asyik hujan jek. And next run aku join tak? Setakat ni takde. Tak reg apa2 pun. Lagi 1 aktiviti outdoor is water rafting hujan bulan 5 nanti under kelab kilat? Join? Emm..minat jugak..tapi..tak kuat rasanya nk join aktiviti luar lps apa yang jadi..emm..

Aku ada few new item untuk di jual. Sila la jenguk kedai aku eh. Ada juga pre order.

Ok la..papai! ♥
posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!