Saturday, April 20, 2013

.. Jumaat yang berlalu.. ..


Hello world..Assalamualaikum..

Mood ada suam2 kuku..SEMPUT lah. Macam ada yang tak kena ... atau tak sempat push abis tadi? Push apa? Push lari laa.. heee. Hari ni pagi tak di temani sang mentari. Perasaan tak? Tak nampak sunrise pun. Mendung jek..petang lak hujan selebat2 alam. Agak frust la jugak sebab dah plan nak jog. Dah 2 minggu tak mengeluarkan peluh dan tidak melakukan aktiviti berlari mahupun bernetty. Alhamdulillah, berhenti gak hujan akhirnya. 6.35 pun boleh lah. Terus minta permission dari Mr.Abe and terus ke stadium. Jumpa Kak Tara..ajak dia g sama. Sib baik ada Kak Tara..rupanya ada game bola lak..Kak Tara cakap okek, so aku pun okek..kalau aku sorang2 tadi..mau patah balik. Lagipun game adik2 je pun.. 




Aku tak kisah nak run kat mana2 termasuk lah stadium. Kat stadium kita boleh target berapa kilo nak lari..kalau dh tak larat..boleh stop. Kalau kat luar...kena habiskan pusingan..heeheh. Lagipun..lari sorang2 kat luar, mcm lawak lah jugak kot. Sekali kena lakk sergah ngn anjing ke..apa lah jadi kan? huhuhu..

Tadi sebelum turun lari, aku dah set :

1. Nak lari 3Km..lagipun dah lewat sangat - berjaya.
2. Nak buat run pecah jantung sebab dah lama tak berexercise.
   - kalau tengok pace dlm gambar..konon2 mcm dah laju..tapi tak berjaya gak hidupkan jantung aku ni.      
3. Larian non stop. - berjaya tapi tak berpeluh sangat.
4. Nak belajar lari guna mid-foot - ohoii..terbabooo..kebaboo.hancus. Tak pandai..tak reti..mcm menjengket lak. Sakit balik lutut kiri ni. Emm..so lari je macam biasa..kena cari cikgu ni.. hiks.

Aku kena cari HR Belt jam Suunto aku tu...baru cukup sempurna Apps tu punya info. Mana lah kau belt  oitt...





Tadi dinner kat Mamak Warta. Makan roti nan ngn tandori share dengan Mr. Abe. Bukan diet..tapi sebab lunch dah makan nasi banyak macam tak cukup pinggan. Terasa gak badan mcm naik sebab suar agak ketat...so mencari la penimbang and jeng jeng jeng..alamak! turun la pulak. 1.5kg hilang. Hadoiii..mana lak dia g? Parah ni..turun lagi. Berat ideal aku is 51kg . Cubaan nak dapatkan 50kg pun susah banget. Aku tak rasa aku kurus kering sebab ada part2 aku yang OKEK as perempuan. Aku just pastikan, tak nak ada spare tyre kat perut..tu jek. Setakat ni berjaya. Lagi 1...agak selesa dengan badan mcm ni..sebab aku tau, mata2 lelaki di luar sana lebih suka tengok dan pandang yang montok2..and nak2 putih gebu lak..kan? hiks.. Dengan ketinggian 158cm, berat antara 46kg - 48kg, pinggang 27cm..I am happy with my body. Yay!






Okek..ni quote untuk hari ini. Hasil kerja tangan aku dengan menggunakan apps Pixlr dan mata sendiri. Cubaan untuk lukis mata dengan solekan celak arab..tidak menjadi. Nampak macam senang je nak lukis mata..still tak berjaya. 

Bila usia semakin dewasa...perbalahan, pergaduhan, bertikam lidah, berselisih pendapat bukan lagi agenda utama dalam hidup. Cukup sekadar melayari hidup dengan tenang dan senang, punya pendirian dan mahu mendengar nasihat dan jika mampu..turut menasihati. Perubahan dan berubah bukan perkara mudah namun selagi ada usaha dan juga doa..insyaAllah akan berjaya juga akhirnyaa. 

okek..papai All.. Luv!



posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!