Sunday, April 28, 2013

.. Holiday HK day 1 ..

Assalamualaikum...salam dari bumi Hong Kong. Percutian yang di plan sejak 2 bulan lepas. 3 kali gak aku rayu Mr.Abe nak ke HK ni..hiks. Plan asal nak g berdua je..tapi kesian lak kat anak2..maka di bawa la bersama. Em..as usual..aku memang tak hafal nama2 jalan...apatah lagi nama MRT..so layan gambar je jom. Tu pun aku gabungkan..ok la kot kan..


Ikut ramalan internet..bumi HK akan di timpa hujan dan hujan petir. Tapi alhamdulillah..setakat jalan arini..cuaca sgt cunz..tak panass and tak sejuk sangat. Sangat nyaman dan yang penting tak hujan. Syukur..


Pagi2 selepas Mr.Abe buatkan sarapan..kita org jalan2 dekat kawasan2 hotel ni. Lepaak di Avanue of Stars. Masuk Sogo and lepas tu terus ke town.


Mr.Abe..our chef, our banker and also our master mind. Semua dia uruskan. Aku ? Ikut jek..


Kami lunch halal Dim Sum at Islamic Centre Canteen yang juga merupakan masjid. Centre ni menjadi tumpuan muslims terutama dari Indonesia.


Em..agak padat gak bandar HK. Tapi memang salute lah..wifi pree merata2 and sampai dalam bas pun ada free wifi. Kami berjalan, naik feri, naik tram and juga train. Memang superb lah public transpotation kat HK ni. Mall pun bersepah2..syiok!


Pernah tengok Mad Market host by Hanis Zalikha? Ahoiii..ramainya manusia. Macam biasa..jln je lah. Paling best berasa ni sneakers street. Wow wee..kasut sukan sesaja. Tapi jalan tak bwk duit kan..so..tgk je lah.. hiks.


Penat jalan2..kami balik bilik jap. Mandi2 and makan2..kul 7.30 mlm..kuar balik ke Avenue of Stars untuk tengok Symphony of lights. Apa tu? Ala...lampu2 pada bangunan bergerak ikut irama lagi. Lawa lah gak!


Balik dari tengok lampu..masuk mall jap and mendapat lah sepasang sneakers from Adidas. Aku memang dh lama cari kasut mcm ni..dan mesti kalis air. Senang nak bwk travel kasut mcm ni.

Ok la..abish dh cite arini. Aku tak pandai nak cite detail apatah lagi nak bagi tips. Yang aku perasan..kat HK ni :
1. Tak ramai orang isap rokok. 15:1 lah jugak nisbah dia. Best! Takde sesak kepala bau asap..
2. Wifi free sangat senang nk dapat.
3. Since hari ahad adalah Maid's day off..mereka bersepah2 melepak kat tepi2 jalan and most of them are Filipine.
4. Bas adalah sangat banyak..taxi jugak. Tapi bau asap tak de sangat.
5. Macam tak susah to get halal food. Ramai peniaga arab or Pakistan akan edarkan brochure kedai makan dia org.

Ok..ni yang aku nampak utk hari pertama ni lah. Kita tgk esok lak how eh..

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!