Saturday, May 14, 2011

..Merah Jambu Idaman Kalbu (?)..

Memula nak wish thanks a lot to Bet for adiah birthday yang berkunjung tiba di pintu rumah. Suka jawapan Ratu bila ajak masuk umah 'Tak apa lah'..hehhee..Is sengeh jek..pandai Ratu jawap..Terima kasih for earphone pink itu. Pink mmg jadi warga kegemaran sejak Dania lahir ni..hek hek hek. TQVM

Thanks a lot ..
Petang tadi, dalam kul 3, selepas 'pengsan' kepenatan, berjalan la pula ke Mines - motif adalah nak cari kasut untuk Dania dan Abe nak belikan adiah birthday - Jam Sunnto Pink itu. Sampai Mines terus lepak Mr.Tempayaki and makan makan makan. Licinn..ye lah, dah kul bape pun, mau tak lapar. P Mines cari kasut Crocs kat outlet. Memang biasa beli kat Crocs Outlet untuk anak-anak sebab semua barang adalah separuh harga. Tapi design and size adalah terhad lah. Ala, budak-budak pakai belasah..tak yah la beli mahal-mahal.

Pandai amoi ni memujuk..kalau tak, entah bila Dania leh buat pilihan..
Dania ni memang la sangat 'wanita'. Cerewetnya ya Rabbi..sib baik la amoi comel crocs tu rajin melayan. Aku rasa, abis bersepah outlet tu dengan kasut yang dia cuba..ada la dlm 4-5 jenis..nak yang PINK je lak tu. Gila cerewet. Tapi bagus gak, dia tahu apa yang dia mahu and tegas buat pilihan. Last-last dia pilih Crocs Mary Jane shock pink..model lama. Em, dah dia suka..belikan je la...

Pink and Black..
Dalam aku dok sibuk2 layan Dania buat pilihan..tiba-tiba si Danish lak tunjuk kasut yang dia nak. Aikk..ada ibu suh pilih ka? Heheh..tak pe la..layan kan jek. Lagipun Danish ni dah pandai tengok harga..so biasanya dia tak pilih yang mahal..so dia pilih Crocs itam tu.

Jam ibu? Alamak..jam yang aku suka tu, kat kedai RM559..terus tak jadi amik sebab kat AirAsia Megastore just RM479 untuk benda yang sama. Kalau nak murah, leh jek amik Suunto M2 sama function tapi takleh rekod dalam memori jam. Em..abe kata, tengok kat website laah..so, aku OK jek. Gila ringan jam Suunto tu..cuma muka jam dia besar sket utk tangan aku. Bila nak dapat jam ni? Entah la...tunggu je la..

Esok Ahad mahu buat apa?? Isnin ramai cuti rupanya. Aku tak tahu pun Selasa cuti..so aku tak apply cuti on Monday. Lagipun Danish nak exam..takleh nak cuti pun. Cuti sekolah aku tak leh cuti..huaaa..kena standby PTPTN data. Uhuk.macam biasa, anak2 dah sibuk nak balik kampung..maka..kembali berhoneymoon lah dengan Abe. Jom wayang..dah lama tak tgk wayang.. ;)

2 comments:

B.e.T said...

Pink tu !!... =))~

Liza Abd Rahim said...

yap.i Like PINK..yummi..hak hak hak..







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!