Thursday, May 05, 2011

..Kehilangan Itu Kesakitan..

Aku mulakan entry kali ni dengan 'Bismillah ir rahman ir rahim' dan aku berdoa dengan 'Nauzubillah'. Entry ini hanya luahan rasa seorang insan yang bernama AKU. Semoga di jauhkan semua yang tak baik. Aku takut gak nak menaip entry ni sebab kadang-kadang, gerak hati bertukar menjadi Kenyataan. Takut kan?

Rasa Kehilangan Orang2 TERSAYANG buat aku S.E.M.P.U.T
Pernah rasa 'Kehilangan yang menyakitkan?' Pada aku, kehilangan orang-orang yang aku amat-amat sayang adalah sebuah kesakitan dan menakutkan. Bukan menolak ketentuan Illahi, cuma kadang-kadang kita sendiri tak teruji dengan dugaan Dia Yang Maha Kuasa. Kenapa eh tiba-tiba keluar entry ni? Semalam, ketika duduk sorang-sorang, aku terfikir seorang teman yang sedang bergelut dengan kematian selepas pembedahan kerana kanser Otak . Terdetik di hati..Ya Allah, apa khabar dia agaknya? Tiba-tiba, dalam jam 4 petang lebih kurang, tertitip email mengirimkan berita kematian. Innalillah..dia pergi selama-lamanya. Dia cuma kawan biasa..kawan semasa belajar. Semoga Roh di tempatkan di sisi orang beriman.

Terus-terang..sepanjang usia, aku baru menghadapi hanya sebuah pemergian insan yang benar-benar aku sayang. Sayang sangat. Dia menjaga dan membesarkan aku. Dia menyayangi aku. Dia segala-galanya pada aku ketika itu. Siapa? Arwah Maktok aku. Itu pengalaman pertama aku menghadapi episod tamatnya sebuah kehidupan. Sukar nak lepaskan..bertahun-tahun aku ratapi di dalam hati pemergian dia, malah hingga sekarang, selepas 18 tahun maktok pergi..dia tak pernah lekang dari hati. Malah saat2 terakhir bersama dia, masih tersemat di sanubari. Semoga maktok tenang di sisi Illahi.

Tadi terbaca di akhbar seorang ibu meratapi pemergian 3 orang cahaya mata yang hilang sekelip mata buat hati aku betul-betul hiba. Ya Allah..mengalir jugak lah airmata. Hati ibu mana yang tak hiba melihat zuriat pergi mengadap Illahi. SubhanaAllah..ni ketakutan yang benar-benar menakutkan aku. Ketakutan yang boleh buat aku Sesak Nafas. Walaupun aku ni ibu yang garang..jauh di sudut hati aku..anak-anak adalah segala-galanya. Menatap wajah mereka buat jiwa aku tersentuh..




"Ya Allah, panjangkan umur zuriatku, berikan mereka kesihatan yang sempurna, akal yang membina, taat dan patuh pada agama dan menjadi anak-anak yang di bawa ke syurga - Amin"

Kehilangan rasa sayang dan cinta dalam hati juga bisa membunuh jiwa. Pesan aku pada semua yang sudah berumahtangga mahupun sedang bercinta - 'Cintalah Diri Sendiri lebih dari segala-galanya. Cinta tu bisa merobek nyawa..kesakitan kerana kehilangan CiNtA kadang-kadang kita tak terduga tindakan yang akan menjadi pilihan kita. Ikut Hati Mati..Ikut Rasa Binasa'.

Apa pula perasaan aku jika kehilang 'syurga' aku? Tak mahu komen apa-apa kerana aku tak bersedia kerana 'Kehilangan Syurga bisa membuatkan hidup seperti di dalam NeRaKa.' Nauzubillah..


No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!