Tuesday, May 17, 2011

..Bukit Saga - Sila jaga-jaga..

Hari ni, seawal 6.45 pagi, aku dah kuar rumah dengan kawan-kawan untuk aktiviti memanjat Bukit Saga.Based on bahan internet dan GPS si Masyu, sampai lah kita orang ke Bukit Saga, Ampang, Kuala Lumpur. Sebab awal perjalanan pun dah menyesat je cari tempat tu, bila jumpa je destinasi, terus park kereta and memanjat..dah lepas 10 minit berjalan..aihh..tak streching la wei. Mampus! Mau sakit badan ni nanti and sebab dah jauh gak berjalan..kita org pun terus kan perjalanan..Em, not bad la bukit Saga ni. Redup and cantik gak. Suasana lebih kurang Gunung Datuk - cara pendakian dan kecuraman adalah hampir sama.Sepanjang jalan, tali sentiasa ada di kiri kanan jalan. Hampir 55 minit pendakian, sampai lah ke campsite atau puncak Bukit Saga. Lega. Majoriti pendaki adalah berbangsa Cina dan aku rasa, bukit ni terjaga oleh mereka. Mungkin ada persatuan kot dan kebersihan adalah terjaga. Lepas penat posing2 and mencekik..perjalan di teruskan ke Air Terjun. Katanya 45 minit dari puncak. Masa nak gerak tu..terjumpa ular yang tgh cuba menelan katak..tragis wei tgk katak tu..tapi apa nak buat..ular tu kata 'Memang Makanan Aku'..hahaha..kesian ular tu sebab katak tu terlepas..maybe sbb kena flash camera kita org..ular tu jd blur..haahhahaa..


Permulaan langkah yang menyegarkan...
 Perjalanan ke Air Terjun pada mulanya sangat landai..so jalan-jalan, sambil bergelak ketawa senang hati. Bertembung dengan beberapa pendaki, katanya ada jalan keluar lain selain patah balik ke jalan asal tadi. Masa tu dah hampir sampai ke Air terjun dengan menuruni bukit dgn jalan yang sangat2 curam,licin dan seram. Memang lah terfikir untuk cari jalan keluar lain kaalau boleh kan? Siapa lah nak tempuh balik benda yang sama..Sampai ke air terjun..aiseyyy..keruhnya air. Mungkin sebab ujan. So tidak lah kami bermandi manda..hanya duduk berkelah sambil bersuka ria.Bila dah habis bergumbira..bertolak la keluar dengan cubaan mencari jln pintas. Huhuhu..

Ohh..air terjun yang sekeruh teh ais..

Betul lah orang kata kan 'Tiada jalan keluar yang mudah jika jalan masuknya sudah menunjukkan kepayahan. Tempuhlah sedikit keperitan supaya tak perlu berdepan dgn kesusahan.' Tak boleh nak salah siapa2..kami hanya mengikut penunjuk arah EXIT yang ada merata-rata. Pheww..bila tanya orang pun, mereka tunjuk jalan yang sama. Cuma terasa pelik sikit, kenapa jalan keluar tak sesukar jln masuk. Katanya route yang berlainan namun menuju ke destinasi yang serupa. Punya lah teruja bila nampak kawasan perumahan yang menjadi tanda - Anda sudah sampai. Siap posing tersenyum gembira kerana dah sampai. Tapi..ayookkk...huaaa..nanges..cuba bayangakan - Mula mendaki dari Taman Saga, Ampang ..keluar di Taman Wangsa,Cheras. Hooooiii..gila ni namanya..Aku dah tergelak je sebab serius tak percaya. Ampang and Cheras..AJE GILA!!! KIta org decide utk menapak ke jalan besar daripada berpatah balik masuk ke dalam hutan. Rupanya..memang sangat jauh..naik kereta amik masak 30 minit perjalanan ...bayangkan kalau jalan kaki Cheras - Ampang? Kesian anak-anak Kak Mus sebenarnya..so kita org masuk balik ke dalam hutan atas nasihat org tempatan..Jumpa jalan keluar seterusnya, tapi masih Cheras. Uncle Jual air tu kata - kena patah balik ke station 6 dlm hutan. Ohooii..tidak..tak mahu. Kami semua dah tak lalu. Dengan belakan air dan makanan yang dah takde..tak mau la. So kita org decide jalan kaki ke jalan besar untuk cari taxi. RUPANYA...ramai pendaki confius dgn soalan kami. Kami tanya, nak keluar ke Taman Saga..tapi dia org tunjuk ke Taman Segar . Dia org sebut SEGAR sama bunyi dengan SAGA. Apakah? Ini lah punca segala2nya..

Pendakian yang agak memenatkan..

Bagai di hantar Allah satu utusan, kawasan yang katanya susah nak dapat teksi, tiba-tiba lalu sebijik teksi depan kami. Syukur..walaupun driver tak tahu ke Taman Saga, Ampang, dia dengan baik hati nak tumpangkan kami ke stesen minyak berhampiran dengan percuma. Tapi sebab ada sebijik je keretanya..kami suh kak mus, masyu dan anak-anak naik taxi tu dulu. Kesian gila kat budak2 ni..dah la kawasan perumahannya berbukit bukau. Lagi letih panjang jalan berbukit di bawah panas terik kan? Dan bertambah syukur..taxi tu willing nak cuba carikan jalan ke Taman Saga..Leganya rasa. Aku, natte, kenet dan ateng lepak kat dlm toilet stesen minyak..dah tak larat sgt2..dengan perut kelaparan. Alhamdulillah..semuanya selamat jam 3.00pm ++. Terus berangkat balik ke Kajang, makan kat restoren Azizah..gila melantak..lapar banget dan kemudian solat Zohor di Masjid Sg Ramal..Alhamdulillah..walaupun stress..namun ianya  suatu pengalaman - Tak Kan Lupa lah! Menurut cerita..memang ramai yg tersesat kat dlm Bkt Saga dan paling latest, famili yang tak keluar2 sampai jam 10 malam. Em.nasihat aku, kalau sapa2 nak g sini. tetapkan destinasi dan pastikan route keluar dan masuk adalah sama. Susah sket takpe, janji keluar dgn selamat dan selesa.
and now..menanggung kesakitan satu badan sebab tak streching naik dan turun..tak pernah aku mendaki lepas tu sakit tapak kaki macam now ni..huaaa..dah la lusa ada netball match..huhuhu...Apapun..SERIK? tak kot...heheheh..

2 comments:

ankeljonni said...

huhuhu... dgn baca entri pun dah terasa penatnya... bawak2 berehat..

Liza Abd Rahim said...

penat kejap je..ni dh ok balik..:)







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!