Sunday, March 06, 2011

..Terlajak..

Apa yang terlajak? Terlajak bangun tido? Tu perkara bisa utk aku over the weekend. Tapi ari ni bukan nak cite pasai terlajak tido..tapi tiba-tiba dalam kepala terfikir pasai ;

'Terlajak Perahu Boleh di undur, terlajak KATA, buruk PADAHNYA.'

Kenapa ya ada PeRiBaHaSa macam ni? Apa yang org yang cipta Peribahasa ni fikirkan masa dia mula-mula cipta ayat ni. Tah siapa punya peribahasa pun aku tak tahu.

Terlajak perahu..kalau tak pandai dayung..hanyutlah jua.. ;)
Biasanya, dalam keadaan mana 'terlajak kata' ni sering terjadi? Em..kalau dah sampai bunyi nya..'Terlajak Kata, buruk padahnya', sure dalam keadaan marah kan? Ye la..tak kan la kalau cakap 'Cantiknya kau hari ni' dan perkataan ni buat org tu perasan or syok sendiri..'Buruk' ke padahnya ni? Akkekeek..

Aku sendiri pula, sering 'Terlajak Kata' kalau aku dalam keadaan marah or sangat-sangat geram. Bercakap di luar batas fikiran..janji apa yang terbuku dapat di lepaskan. TAPI aku sangat-sangat jarang or maybe takde pun 'terlajak' kata-kata dengan orang-orang yg takde dlm 'hati' aku. Maksudnya..tak rapat la. Rapat pada aku adalah yang betul2 rapat. Kenal aku luar dan dalam. Sebab aku pun tak amik port sangat hal orang selagi tak kacau hidup aku.

Terlajak kata..kalau Ikhlas Meminta Maaf, InsyaAllah hilang Padahnya...
Kenapa ek orang 'terlajak' kata sampai bawak padah? Marah sgt2? or memang sengaja 'di lajakkan'. Mungkin sengaja nak sakit kan hati orang tu..mungkin supaya org tu menjauhkan diri dari kita..ala mcm cite2 draama cinta..'Aku tak suka kau ganggu hidup aku lagi..aku tak perlukan kau..nyah kau!' tapi dlm hati, ada taman lagi..just untuk menjauhi kerana sebab2 tertentu. Hahhaa..ni cite drama la..betul2 tak tau la pulak. Mungkin juga untuk kebaikan orang lain..caakap je belasah-belasah supaya org tu benci kita supaya terjaga hati orang lain. Kan? huhuhuhu..

Entah la kan..apa2 pun, kalau dah 'terlajak' tu...apa ek jalan terbaik? Minta maaf? Emmm..

OK, di kesemapatan ini, aku nak Minta Maaf pada sesiapa pun yang ikut blog ni, kalau aku ada terlajak kata..Aku Minta Maaf Zahir Batin.

ps: tgh dok sorang2 ni kat umah. Anak2 ngn Mr.Abe p Klang lawan bola..layan Selami Jiwa - Fadhilah Kamsah..ni yg jd 'sensitip' ni..huhuhuuuuhu.


3 comments:

Suriati said...

maaf di terima..hehe...xde ape pn yg akak liza buat salh pd sy..huhu...sape erkk yg cipta peribahasa ni?google plsss....denn xreti nk kayuuh..so hanyut ler...nk undur guane ni

Liza Abd Rahim said...

terima kasih ateng..semoga sentiasa berseri dgn sifat memaafi..:)

jgn kasi hanyut...jom belaajar..hehehe

B.e.T said...

lawa bibir mungil itu... =)







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!