Sunday, March 13, 2011

..Jenjalan Paris - Italy Azril & Liza..

Masa aku menaip ni, jam adalah 12:49 PM, hari Isnin bersamaan 28hb Febuary 2011. Nanti bila entry dah boleh di baca, aku mungkin sudah dalam penerbangan menuju ke Paris. Flight aku Air Asia X D72012, LCCT - Paris (ORY), Sun 13Mar 2011, 1.05 pagi. Benda ni dah plan dari bulan Disember 2010. Asalnya terbang berdua dengan Mr.Abe, sekali dlm minggu lepas, dia di minta ke Amsterdam untuk bertugas. Weng aku kejap kena travel sorang2 lagi. 12 jam lak tu. Dulu ke Amsterdam pun sorang..bosannya Allah jek tahu. Balik nanti sama-sama. Jumpa kat Paris nanti. Lemau tau sebenarnya ni..huhuhu..

ni route percutian aku nanti..InsyaAllah.

Tak lama pun jalan-jalan ni. 7 hari amik kesempatan anak-anak cuti sekolah. Tinggal dengan mak. Masa aku menaip ni, dalam kepala ligat berfikir, mcm mana nak hantar anak-anak balik kampung sebab abah tak dapat datang amik. Sibuk urusan pecah tanah utk pembinaan surau ArRahim kat Jelapang. Mungkin aku akan, naik ETS Jumaat malam 11hb Mac and balik sini 12hb Mac pagi-pagi and malam terus ke LCCT. Rasa macam penat je walaupun belum jadi lagi. Lagipun aku asyik rasa tak sedap badan jek ni. Kenapa ek?

InsyaAllah, kalau semua selamat..tunggu aku balik untuk cerita Trip ni..actually, aku dah pernah ke Paris. Aku rindu Holland sebenarnya. So Peacefull. And Rome is my dream vacation since sekolah. Ya Allah, kalau semua selamat..Alhamdulillah atas rezeki yang kau limpahkan. Amin.

Doakan aku selamat sampai dan selamat balik. Amin...

Visit blog aku dan abe untuk trip kali ni at :

Bumi itu bulat..Kagumilah ia!



Updated :
Masa aku taip ni sekali lagi , date adalah 5/3/2011. Alhamdulillah..urusan di permudahkanNya. Adik ipar aku akan amik dan hantar Danish and Dania balik kampung. Balik dari Paris, Mr.Abe dah tukar flight aku dari Air Asia X ke MAS. Sebab dia kena balik naik MAS. Tiket balik Air Asia kita orang di bawa ke date lain..haa? tahun bila lagi la nak p Paris..huhuhu. Tapi dah ada tiket balik tu..kena la nnt cari jugak tiket pergi lain kain..tak kan nak burn lak kan?


Yang Kelabu bertolak 7/3/2011 ..yg oren bertolak 13/3/2011 - Meet at Paris.. ;)

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!